Zulfadly tawar diri Ketua Cabang Bachok
- Suara Keadilan
- 5 days ago
- 1 min read

Pimpinan muda KEADILAN Kelantan, Mohamad Zulfadly Ruslan menawarkan diri bertanding sebagai calon Ketua Cabang Bachok pada Pemilihan KEADILAN 2025.
Menurut Zulfadly, beliau mengambil keputusan menawarkan diri setelah meneliti pandangan sahabat seperjuangan dan masyarakat yang mengharapkan perubahan dan metamorfosis dalam kepimpinan untuk melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis yang berintegriti dan berwibawa di Kelantan.
"Pemilihan di peringkat cabang kali ini adalah untuk merealisasikan hasrat dalam menuju transformasi dan reformasi dalam pengurusan dan pentadbiran Cabang Bachok agar lebih cekap, telus dan berintegriti.
"Bertunjangkan kepada prinsip 3K, iaitu Keadilan, Kebajikan dan Ketelusan," katanya dalam kenyataan.
Tegas beliau, penyertaannya lebih kepada semangat ingin memperkukuh amalan demokrasi dalam parti, di samping memperjuangkan kepimpinan yang lebih progresif serta berinovasi bersama barisan kepimpinan muda dan berwajah baharu.
Zulfadly berharap anggota di Bachok memberi ruang dan peluang kepada beliau pada pemilihan kali ini untuk bersama dalam saf kepimpinan cabang bagi merealisasikan misi perjuangan demi ahli, parti dan rakyat.
Comments