top of page

Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura berjaya tarik pelabur antarabangsa



Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ) yang diilhamkan oleh Kerajaan Madani telah berjaya menarik minat pelabur antarabangsa ke Johor.


Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, zon kemakmuran ekonomi itu diwujudkan khusus bagi memberi impak ekonomi kepada Johor berikutan pembangunan pesat di Singapura dan bertujuan untuk berkongsi peluang keemasan bersama republik tersebut.


"Keputusan Kerajaan Madani melaksanakan JS-SEZ telah berjaya menarik perhatian pelabur antarabangsa, memandangkan potensi dan peluang besar yang bakal dijana.


"Malaysia perlu meneroka dimensi baharu dalam perdagangan dan kerjasama antarabangsa untuk membantu syarikat-syarikat tempatan meluaskan pasaran serta membina modal insan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan global semasa.


"Kedudukan Singapura dan Johor yang berjiran menawarkan potensi ekonomi yang besar untuk diteroka.


"Dengan kelebihan Singapura dalam akses teknologi dan modal, serta Malaysia yang menyediakan ruang dan tenaga kerja, sinergi antara kedua-dua negara ini mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi," kata Rafizi dalam kenyataan.


Menurut beliau lagi, Malaysia dan Singapura sudah pun menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada Januari 2024 dengan butiran lanjut perjanjian antara dua buah negara dijangka akan dimuktamadkan pada September 2024.


Jelasnya, nilai tambah JS-SEZ perlu dipacu oleh sektor swasta memandangkan keputusan pelaburan utama akan ditentukan oleh pemodal teroka dan ekuiti swasta yang akan membuka operasi di zon ekonomi eksklusif tersebut.

0 comments

Recent Posts

See All

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page