top of page

Ziarah MADANI bantu masyarakat India memerlukan menjelang Deepavali



Di tengah kemeriahan Deepavali, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lupa kepada kaum India yang daif dan memerlukan bantuan.


Melalui Setiausaha Politiknya, Datuk Farhan Fauzi, PM menghulurkan sumbangan dalam program Ziarah MADANI ke rumah Puan Jayalechmi di Klang menyampaikan bantuan dan kelengkapan perayaan Deepavali.


"Puan Jayalechmi bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dan suaminya pula bekerja sebagai kelindan lori perlu menyara empat orang anak yang masih bersekolah rendah.


"Moga sumbangan ini meringankan beban kehidupan dan memeriahkan lagi sambutan kehadiran Hari Deepavali pada kali ini," kata Anwar dalam catatan di Facebook.


Saudari Joselyn Dewi (dua dari kanan) diberi bantuan membesarkan adik adiknya

Farhan juga menemui keluarga saudari Joselyn Dewi yang menjadi ketua keluarga untuk memberi bantuan.


"Saya dimaklumkan bahawa saudari Joselyn perlu memikul amanah selaku ketua keluarga selepas kematian bapa manakala ibunya pula pulang ke Filipina.


"Beliau juga perlu membesarkan dua orang adik beradik yang masih bersekolah serta seorang adik bongsu yang menghidap Autisme.


"Joselyn turut memaklumkan masalah beliau untuk mendapatkan kad pengenalan dan saya telah meminta saudara Farhan untuk membantu memanjangkan permohonan ini sesegera mungkin," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarii


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page