top of page

Ziarah Kasih Merdeka AMK Pandan semai semangat patriotik



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pandan baru-baru ini, menganjurkan Ziarah Kasih Merdeka di sekitar Pangsapuri Pandan Mewah.


Program yang diketuai oleh Naib Ketuanya, Mohd Ifwat Amir Hamirudin itu turut dibantu Naib Ketua Cabang Pandan Viknesvaran Jairaman, selaku penggerak bersama bagi program tersebut.


Menerusi satu kenyataan, Ifwat berkata, program ziarah yang dianjurkan bukan sahaja untuk memperkukuhkan hubungan antara penduduk setempat bahkan ianya berjaya menyemarakkan semangat patriotisme dalam masyarakat.


"Dalam ziarah kali ini, sebanyak 10 buah rumah telah dikunjungi dan setiap rumah menerima bendera Malaysia bersaiz 2x4, alatan mewarna, serta bendera tangan untuk kegunaan anak-anak.


"Pemberian ini bukan sekadar simbol kemerdekaan terhadap tanah air tercinta, tetapi juga satu usaha untuk mendidik generasi muda erti kemerdekaan yang sebenar, dan pentingnya menghargai keamanan yang kita kecapi pada hari ini atas usaha nenek moyang terdahulu," katanya.


Jelas Ifwat, pihaknya bercadang untuk meneruskan program berkenaan melibatkan pimpinan cabang termasuk jentera AMK dan Wanita selain melibatkan ranting-ranting sekitar memandangkan sambutan masyarakat kepada program terbabit amat mengalakkan.


"Bukan sekadar sebuah ziarah, program ini telah menjadi lambang kepada semangat kebangsaan dan perpaduan yang tidak mengenal batasan kaum.


"Kita berharap agar usaha-usaha seperti ini dapat diteruskan untuk memastikan bahawa nilai-nilai kemerdekaan dan perpaduan terus hidup dan dihargai oleh setiap lapisan masyarakat, khususnya di Parlimen Pandan," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page