top of page

Yayasan Madani sasar hantar 100,000 kit kebersihan wanita ke Gaza



Yayasan Madani menyasarkan menghantar 100,000 pek kit kebersihan wanita ke Gaza, Palestin menjelang akhir tahun depan.

Pengerusinya, Fuziah Salleh berkata langkah itu bagi membantu menampung keperluan asas golongan wanita.


Sebagai permulaan jelasnya sebanyak 1,000 pek kit wanita ‘washable pad’ bakal dihantar menerusi kerjasama Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) ke wilayah itu dalam masa terdekat.


"Kita sasar (untuk agihkan kit kebersihan) ini sebanyak 100,000 sebelum penghujung tahun 2025. Jadi, Kita alu-alukan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyokong usaha ini.


"Di dalam kit kebersihan itu, mengandungi tiga tuala wanita yang boleh dibasuh, sabun dan terdapat juga arahan penggunaannya dalam bahasa arab. Tuala wanita ini boleh bertahan selama setahun," katanya dipetik.


Terdahulu, Fuziah meninjau persiapan akhir projek pembuatan kit kebersihan wanita di Teja SKills Tanjung Lumpur, Kuantan pada Selasa.

United Nation melalui laporannya berkata, seramai 700,000 wanita dan anak gadis di Gaza memerlukan bantuan asas pengurusan menstrual mereka.


Sementara itu Fuziah memaklumkan, usaha dilakukan sebagai sebahagian daripada projek Women2Women & Women4Women (W2W & W4W) yang bertujuan menyediakan keperluan asas untuk wanita dalam situasi perang.

Projek tersebut diuruskan oleh Teja station dengan peruntukan sebanyak RM300,000 dengan pengeluaran 2,000 pek kit kebersihan sebagai permulaan.


"Kalau setiap bulan kita (boleh) hantar 1,000 hingga 2,000, saya kira kita boleh membantu ramai wanita (di Gaza). Justeru kita perlukan lebih ramai (pihak) untuk membantu projek ini.


"Mungkin, kita boleh cadangkan, mereka membeli kit ini dan mengamanahkan kepada Yayasan Madani untuk menghantarnya," ujarnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page