top of page

Yakin 'pengundi putih' laksana tanggungjawab - Ketua Cabang Gua Musang



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Cabang Gua Musang optimis mengeluarkan seramai mungkin 'pengundi putih' parti itu untuk memberi kejutan merampas semula kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) Nenggiri pada hari pengundian esok.


Ketua cabangnya, Asharun Uji berkata, gerak kerja jentera untuk memujuk dan mengeluarkan pengundi perlu dioptimumkan bagi memastikan kemenangan wakil Barisan Nasional (BN).


"Sepanjang berkempen ini kita telah buat banyak ziarah rumah ke rumah dan menyantuni pengundi putih termasuk Orang Asli dan anggota KEADILAN di Nenggiri yang ada sekitar 2,000 anggota.


"Fokus kita mengekalkan pengundi putih untuk kita pastikan mereka keluar seramai mungkin memberi kelebihan kepada kita," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Selain itu, ketika ditanya mengenai masalah air yang dilihat membelenggu masyarakat Nenggiri dan dijadikan bahan politik pihak PN, Asharun yang lebih mesra dipanggil ‘Abe Yo’ berkata, masalah berkaitan peluang pekerjaan dan ekonomi juga perlu diberi perhatian memandangkan ia telah lama membelenggu rakyat di situ.


"Matlamat asas pilihanraya bukan mengangkat mana-mana individu mahupun parti tetapi ia sebaliknya mengangkat nasib rakyat sebagai keutamaan.


"Perkara-perkara melibatkan masalah rakyat perlu diambil serius bukan setakat isu air tetapi masalah peluang pekerjaan dan ekonomi juga patut jadi asas kepada setiap calon," ujarnya lagi.


Esok, seramai 20,259 pengundi berdaftar akan membuang undi bagi memilih wakil rakyat baharu bagi kerusi DUN Nenggiri.


PRK berkenaan diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.


Kerajaan Perpaduan mencalonkan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (BN) berentap dengan calon Pas Mohd Rizwadi Ismail.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page