top of page

YADIM sedia bantu media massa pastikan kesahihan maklumat agama



Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sedia membantu media massa dalam memastikan kesahihan maklumat berkenaan agama Islam.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YADIM, Zamri Zainal Abidin menegaskan badan dakwah itu mempunyai unit penyelidikan dakwah yang berpengalaman dalam membantu kerja-kerja penyemakan kesahihan fakta.


"Ini adalah satu inisiatif daripada badan dakwah kami demi memastikan ketulenan sumber agama terpelihara di media massa," katanya dipetik Malaysiakini.


Baru-baru ini timbul kontroversi membabitkan kenyataan seorang penceramah bebas yang didakwa membawa kisah tidak diperakui kesahihannya dalam ilmu hadis.


Antaranya beliau mendakwa Rasulullah pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan wanita berkenaan merupakan 'cinta pertama' baginda.


Penceramah sama kemudian membuat dakwaan yang diragui mengenai kelebihan memandang wajah ulama yang didakwa berasal dari hadis palsu dalam rancangan Salam Baitullah di RTM yang menyebabkan dia 'direhatkan'.


Terbaharu, dalam slot soal jawab agama 'Don Give U' di stesen radio Suria FM, pendakwah tu mendakwa seseorang muslim dibolehkan berpuasa pada hari raya kedua, ketiga dan keempat pada Aidiladha.


Susulan itu Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Dr Rozaimi Ramle menegur pendakwah berkenaan dan menegaskan menjadi asas dalam feqah bahawa hari-hari tersebut termasuk hari diharamkan berpuasa.


Sementara itu, Zamri menasihati golongan pendakwah agar sentiasa rajin membuat rujukan silang sebelum membuat perkongsian dalam program yang terdapat di media massa sehingga tidak mengetengahkan pendapat yang pelik.


Pendakwah juga tegasnya harus memastikan pandangan ulama yang dinukilkan adalah pandangan muktabar, bukannya pandangan minioriti dan ganjil.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page