top of page

Wujudkan Sekretariat Tetap Kongres Bumiputera - Abun Sui



Pasca Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 semalam, beberapa resolusi telah pun diangkat sebagai fokus kerajaan dan diberi peruntukan berbilion ringgit.


Namun bagi Senator Abun Sui Anyit, wakil Bumiputera Sarawak, lebih teratur projek pemerkasaan ekonomi Bumiputera itu sekiranya penyaluran peruntukan dan pemantauan pelaksanannya diawasi melalui Sekretariat Tetap Kongres Bumiputera.


Katanya, dengan wujudnya sekretariat itu laporan bulanan atau penambahbaikan perlaksanaan boleh dilakukan pada bila bila masa menjelang kongres berikutnya.


"Saya meneliti dengan tekun setiap pembentangan yang dibuat. Yang menarik perhatian saya semasa KEB sedang berjalan adalah hasrat pembentang dan peserta Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 agar Sekretariat Tetap Kongres Bumiputera ditubuhkan.


"Walaupun tidak tidak dijadikan resolusi bertulis dan dipersetujui oleh Sekretariat KEB2024, kita berharap sekretariat tetap ini akan ditubuhkan dianggotai oleh anggota dari semua wilayah Malaysia iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


"Sudah tentu harapan kita pada Sekretariat Tetap ini adalah untuk memberi fokus kepada pembangunan menyeluruh termasuk di Sabah dan Sarawak serta kawasan Orang Asli dan masyarakat terpinggir," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak itu lagi, keanggotaan sekretariat tetap tersebut nanti perlu mengambil kira semua kaum yang diwakili dan juga dari kalangan Bumiputera bukan Islam, juga individu yang benar benar faham permasalahan kawasan kawasan yang diwakili, terutamanya di daerah pedalaman Sabah dan Sarawak.


"Dengan adanya Sekretariat Tetap KEB, diharap keputusan keputusan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya pada 2 Feb 2024 semalam, akan dapat diagihkan dan dilaksanakan dengan saksama untuk manfaat Bumiputera di seluruh Malaysia," kata Abun Sui lagi.


Untuk rekod, Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 telah dianjurkan selama 3 hari mulai 29 Februari sehingga 2 Mac 2024.


Pelbagai keluhan dan cadangan telah dilontarkan oleh perwakilan dari Semenanjung, Sabah dan sarawak melibatkan ahli politik, golongan profesional, usahawan dan wakil GLC.


Pada penutup semalam Perdana Menteri telah mengumumkan pelbagai peruntukan termasuk dana RM1 bilion untuk modal teroka perniagaan baharu, suruhanjaya ekonomi gig, pembangunan Tanah Rizab Melayu dan sebagainya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page