top of page

Wujudkan Felda Madani Bantu Rakyat Miskin

Updated: Jul 31, 2023



Oleh: Dr Bam al-Haj


PENDAPAT: Saya mencadangkan PMX YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mewujudkan Felda MADANI bagi membantu rakyat miskin, meningkatkan keterjaminan makanan dan melonjakkan ekonomi negara.


Felda MADANI akan mengandungi:


i. Kluster Ternakan Ruminan (lembu, kambing, unta dan rusa);

ii. Kluster Ternakan Ayam dan Telur;

iii. Kluster Ternakan Ikan Air Tawar;

iv. Ternakan Air Masin (ikan, udang, kerang & lobster);

v. Kluster Buah-buahan (nanas, pisang, tebu, durian dll); dan

vi. Kluster Sayur-sayuran.


Felda MADANI ini boleh diwujudkan di semua Parlimen atau Daerah. Di kawasan berpantai, Kluster Ternakan Ikan Laut boleh dilaksanakan seperti di Mesir. https://youtu.be/dPbUaAQmanc

Dr Bam al-Haj

Beri peluang anak-anak muda berumur 18 hingga 40 tahun yang berminat untuk menyertainya.


Peserta hendaklah diberikan kursus kemahiran khusus, motivasi, disiplin, pemikiran kreatif dan keusahawanan yang sesuai dengan minat mereka.


Jika satu Parlimen dapat mengambil 500 peserta, 222 Parlimen akan disertai oleh 111,000 anak muda yang bakal mempunyai pendapatan 5 angka sebulan bagi setiap peserta dalam tempoh 5 - 10 tahun.


Felda, Fama, PPK, Nafas, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan pakar-pakar bidang pertanian/perikanan dan tokoh usahawan/korporat yang berjaya perlu duduk semeja dan menggembleng tenaga bagi merealisasikan projek ini.


Selain tanah, prasarana, modal dan latihan, aspek rangkaian pemasaran juga hendaklah diwujudkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah. Pasar-pasar tani diberikan tapak yang tetap, berbumbung dan parking yang mencukupi supaya mereka boleh berniaga setiap hari.


Industri hiliran pertanian akan berkembang dan membuka peluang pekerjaan yang jauh lebih besar. Ia boleh menjangkau sehingga 1 juta orang.


Semua teknologi baharu dan moden seperti kecerdasan buatan (AI), dron dan ciptaan mesin, peralatan dan sistem baharu yang sesuai boleh digunakan bagi meningkatkan kualiti dan melipatgandakan hasil.


Industri penghasilan makanan ternakan seperti pelet daripada daun, hampas kelapa sawit dan kacang kratok (untuk ternakan tuminan), black soldier fly (untuk makan ikan) dan baja organik akan turut berkembang.


Kilang-kilang memproses makanan dan pembungkusan juga perlu diwujudkan di setiap negeri.


Dengan itu, kita beransur-ansur akan mengurangkan import bahan makanan dan menstabilkan harga barang makanan.


Bahkan satu hari nanti kita boleh mengeksport makanan ke pasaran dunia.


Tugas ini bukanlah mudah, tetapi tidak mustahil jika dirancang dengan betul dan dilaksanakan dengan SOP yang betul, bersungguh-sungguh, telus dan tanpa ketirisan.


Jangan ada hendaknya pihak-pihak berkepentingan menangguk di air keruh dalam projek ini. Wujudkan badan pemantau supaya kelemahan dahulu tidak berulang lagi.


Ini adalah projek kejuruteraan sosial (social engineering) yang mampu membawa era baharu dalam Malaysia Madani. Beri pancing, bukan beri ikan!


Ia boleh dimulakan di beberapa negeri dahulu sebagai model. Satu negeri satu. Dengan itu kerajaan boleh mengesan dan mengkaji sebarang kelemahan dan membuat penambahbaikan supaya apabila ia dilaksanakan secara besar-besaran, ia benar-benar berjaya.


Akan ada cahaya bersinar untuk rakyat Malaysia yang mahukan idea baharu bagi melonjakkan ekonomi negara, meningkatkan pendapatan rakyat dan membentuk Masyarakat Madani yang mampan, sejahtera, inovatif, berkeyakinan, saling menghormati dan menghayati nilai ihsan.


YAB Datuk Seri, saya mohon mencadangkan.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan seorang NeuroMarketing Strategist, mantan Pengarah BTN Selangor, penulis buku dan trainer.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page