top of page

Wujudkan Akta Psikologi, perkasa strategi tangani kesihatan mental



Akta Psikologi pernah dicadangkan untuk diwujudkan bagi memperkasa kerjaya dan peranan ahli psikologi di negara ini namun kurang mendapat sokongan.


Bagi aktivis sosial, Yuslaini Azmi, sudah tiba masanya penggubal undang undang Malaysia memikirkan untuk mewujudkan akta khusus berkenaan pengawalan dan penetapan standard sebagai seseorang ahli psikologi.


Hal itu katanya, kerana penggubal undang undang telah maju selangkah ke hadapan dengan meminda Seksyen 309 dengan tidak lagi menjadikan individu yang cuba membunuh diri sebagai satu kesalahan, sebaliknya pesakit mental yang perlu dibantu.


"Saya sifatkan pindaan Seksyen 309 untuk membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan mental seperti ini wajar dipuji apatah lagi orang seperti ini sering dipersalahkan namun tidak diberikan pertolongan yang sewajarnya.


"Namun begitu, ada sesuatu yang tidak kena apabila seorang Ahli Parlimen menyatakan pegawai CIO (crisis intervention officer) perlu membuat latihan berterusan tetapi tidak menyarankan untuk memperkasakan peranan ahli psikologi yang boleh membantu mangsa seperti itu," katanya dalam satu kenyataan.


Yuslaini yang juga mahasiswa sarjana bidang psikologi pendidikan berkata, peranan ahli psikologi perlu diperkasakan berikutan banyak kes yang perlu ditangani selepas ini.


Katanya, sekiranya wujud Akta Psikologi yang memperuntukkan seseorang mempunyai lesen untuk bergelar ahli psikologi dan mengesahkan standard, maka ianya akan menjadi bidang kerjaya yang penting pada waktu negara menyaksikan peningkatan pesakit mental.


"Penyakit mental telah mengalami peningkatan dari 11.5% hingga 29.2% semenjak tahun 2015, malah negara dikatakan kekurangan pakar bagi mengatasi masalah kesihatan mental ini.


"Sejujurnya, di Malaysia karier ahli psikologi tidak diberi penekanan malah tiada undang-undang memperakui mereka sebagai profesional dalam bidang tersebut yang menyebabkan lambakan pengamal pseudo-psikologis dalam bidang ini.


"Apa yang merisaukan adalah mereka ini menggunakan kaedah tidak saintifik atau penipuan, atau data berat sebelah atau palsu dalam memahami atau menganalisis minda serta tingkah laku pesakit.


"Walaupun ahli psikologis diletakkan di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016, namun perlu diingat tiada undang-undang yang membezakan ahli psikologi sebenar atau pseudo-psikologis yang membahayakan pesakit di luar sana dengan amalan yang tiada kod etika sebenar ahli psikologi," katanya.


Tambah beliau, sekiranya seorang kaunselor perlu berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM), ahli psikologi tidak perlu berdaftar, cukup belajar dalam subjek psikologi maka mereka boleh menggelarkan diri mereka 'psikologis' walaupun tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.


"Seruan untuk Akta Psikologi ini sudah lama dilaungkan oleh pakar psikologi Malaysia malah Persatuan Psikologi Malaysia antara persatuan yang lantang membawa suara ini ke hadapan, namun masih tiada usaha untuk dibentangkan di Parlimen.


"Oleh itu, saya menggesa agar penggubal undang-undang membahaskan isu ini serta-merta supaya ahli psikologi boleh menjadikan psikologi sebagai satu karier yang diperakui oleh badan profesional," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page