top of page

Wisma Putra pantau keselamatan rakyat Malaysia di Mozambique



Tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas dalam pergolakan yang berlaku di beberapa kawasan di negara itu, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).


Menerusi satu kenyataan pada Khamis Wisma Putra berkata, pihaknya sedang memantau kekacauan serta rusuhan yang berlaku dan sentiasa berhubung dengan 20 rakyat Malaysia yang menetap di Mozambique melalui Konsul Kehormat di negara itu secara berkala.


Rusuhan penjara di Maputo pada Rabu menyebabkan 33 orang maut dan 15 cedera ketika pergolakan awam yang dikaitkan dengan pilihanraya yang dipertikaikan pada Oktober berterusan.


Keputusan pada Isnin oleh mahkamah tertinggi Mozambique yang mengesahkan kemenangan parti pemerintah Frelimo dalam pilihanraya itu telah mencetuskan bantahan baharu di seluruh negara oleh kumpulan pembangkang dan penyokong mereka, yang mendakwa undian itu dimanipulasi.


Sementara itu Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia yang kini berada di Mozambique atau mereka yang memerlukan bantuan, untuk mendaftarkan kehadiran mereka dengan Suruhanjaya Tinggi melalui E-Konsular dan sentiasa berhubung dengan misi itu.


"Kementerian tetap komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara dan akan memberikan maklumat terkini sekiranya diperlukan," katanya.


Untuk rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh hubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria di No. 1007, Francis Baard Street, Arcadia, Pretoria 0083 atau hubungi +27(12)3425990 atau e-mel mwpretoria@kln.gov.my.


Kenyataan itu turut menasihatkan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk pergi ke Mozambique supaya menangguhkan rancangan perjalanan mereka pada masa ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page