top of page

WhatsApp Chatbot bakal dilancarkan, bendung berita palsu



Kemudahan WhatsApp Chatbot dijangka akan dilancarkan hujung bulan ini sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat yang disebarkan di aplikasi berkenaan.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kemudahan itu yang dibangunkan kementeriannya dengan kerjasama Meta Platforms Inc (Meta) berada diperingkat akhir untuk menyelesaikan beberapa aspek teknikal sebelum boleh dilancarkan.


"Kemudahan ini kita bangunkan kerana banyak mesej-mesej tidak benar, fitnah disebarkan menerusi WhatsApp, jadi kita pilih (untuk) letakkan penyelesaian di aplikasi itu juga.


"Pengguna boleh berkongsi dengan Chatbot (mengenai) sebarang mesej diterima untuk dipastikan kesahihannya dan akan mendapat maklum balas dalam tempoh satu atau dua minit.


"Untuk jawapan semakan kesahihan oleh Chatbot itu, kita bekerjasama dengan laporan daripada kumpulan JomCheck iaitu melibatkan beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) termasuk MyCheck daripada Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) yang mempunyai standard amat tinggi," katanya dipetik.


Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan sementara itu menjelaskan, kemudahan WhatsApp Chatbot itu mampu memberi reaksi dan maklum balas kepada setiap pertanyaan pengguna dalam pelbagai bahasa utama antaranya Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.


"Namun ketika ini WhatsApp Chatbot hanya berdasarkan text…maknanya kalau kita hantar dokumen, video atau gambar, dia belum ada lagi kemampuan untuk semak dan sahkan, tetapi saya harap pada masa depan akan ada kemampuan itu," katanya yang turut memaklumkan telah mencuba kemudahan itu dan berpuas hati dengan fungsinya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page