top of page

Wawancara CNN: PMX tidak silap, pendirian 'penyelesaian dua negara' tidak berubah



Wawancara Perdana (PM) Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama wartawan CNN, Richard Quest yang menjadi kontroversi apabila disunting oleh laskar siber pembangkang, dan kemudian dijadikan hujah kononnya PM menyokong Israel amatlah tidak wajar.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, pembangkang tidak perlu menjadikan wawancara itu sebagai satu isu besar kerana pendirian yang diutarakan PM merupakan pendirian negara sejak sekian lama, iaitu penyelesaian dua negara (two states solution) yang diiktiraf dunia sejak hampir dua dekad lalu di mana Israel dan Palestin kedua duanya akan mempunyai negara sendiri yang merdeka.


"Pendirian penyelesaian "two states solution" ini dipersetujui oleh Presiden (Palestin) Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel, Yizak Rabin dalam Perjanjian Oslo (tahun 1993).


"Perjanjian Oslo tersebut yang dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Palestin pimpinan Presiden Yasser Arafat mengetuai (parti) Al-Fattah dan PLO diteruskan hingga sekarang di bawah pimpinan Presiden Palestin Mahmood Abbas dan disokong oleh majoriti negara Arab, juga negara-negara Islam di dalam OIC (pertubuhan kerjasama negara Islam) termasuklah Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Hassan Abdul Karim

Meskipun salah satu kumpulan pejuang kemerdekaan Palestin, Hamas menolak penyelesaian itu, kata Hassan, solusi itu tetap dianggap yang terbaik untuk merungkai konflik Palestin - Israel sejak 1948 lalu.


Katanya, pendirian itulah yang disuaraan oleh PM tempoh hari bersama beberapa pendirian lain seperti tidak mengiktiraf hubungan diplomatik dengan Israel dan sebagainya.


"Pendirian Malaysia yang disuarakan oleh PM Anwar di peringkat antarabangsa dan di dalam negeri termasuk di Parlimen Malaysia tetap konsisten.


"Pertama Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel. Kedua, Malaysia tegas mempertahankan hak rakyat Palestin. Ketiga, Malaysia berusaha secara aktif memperjuangkan kemerdekan negara Palestin dan keempat, Malaysia secara aktif memperjuangkan resolusi supaya Israel disingikirkan daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


"Maka apabila Malaysia berpegang kepada penyelesaian "two states solution" ia membawa makna jawapan PM Anwar kepada wartawan CNN Richard Quest itu tidaklah salah," kata Hassan.


Oleh itu, katanya rakyat tidak seharusnya termakan tohmahan pembangkang yang mendakwa dasar luar Malaysia telah berubah berdasarkan satu wawancara bersama stesen penyiar barat.


Cuma, kata Hassan, adalah lebih bijaksana sekiranya Anwar menegaskan hak wujud sebuah negara Palestin merdeka sebagai pelengkap kepada hujahnya dalam wawancara itu.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page