top of page

Wawancara Anwar: Jangan perbodohkan rakyat demi keuntungan politik



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas percubaan pihak yang memfitnah Perdana Menteri dengan mendakwanya sebagai menyokong Israel.


Pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Kempen Antidadah di Sekolah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir di Bukit Mertajam pada Ahad beliau menegaskan, Datuk Seri Anwar secara jelas mengecam dan menentang kekejaman dilakukan Israel termasuk melalui ucapan di pentas antarabangsa.


Justeru fitnah tersebut adalah tidak dapat diterima dan telah dilakukan hanya atas sebab politik.


"Pendirian Perdana Menteri sangat jelas, terang, namun masih ada lagi sebut bahawa Anwar sokong Israel, iktiraf Israel.


"Hendak sebut Perdana Menteri sokong Israel masuk akal atau tidak? Beliau seorang pemimpin Muslim, pendiriannya sejak dua tahun di semua pentas antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah sangat jelas.


"Beliau jumpa semua pemimpin dunia yang dilihat condong kepada Israel secara bersemuka seperti Canselor Jerman dan berikan penegasan menolak sama sekali tindakan Israel.


"Saya percaya rakyat terbanyak mengikuti perkara ini dan rakyat tahu buat penilaian, sebab itu kita minta hentikan," katanya dipetik.


Baru-baru ini ada pihak cuba mengelirukan rakyat dengan menyunting wawancara Anwar mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN .


Video disunting itu memberi gambaran seolah-olah kerajaan mengiktiraf kewujudan Israel yang sama sekali tidak menggambarkan konteks pendirian yang disampaikan Perdana Menteri.


Anwar kemudian menyifatkan cubaan tersebut sebagai perbuatan memperbodoh rakyat dan beliau menegaskan Malaysia tidak mengiktiraf Israel secara 'de jure', meskipun keberadaan negara itu pada peringkat antarabangsa adalah fakta atau 'de facto'.


Sementara itu Saifuddin berkata, beliau kesal apabila pendirian Anwar yang jelas menentang Israel masih dipertikai sedangkan kerajaan sudah menegaskannya berulang kali.


Berikutan itu, katanya, kerajaan tidak akan berdiam diri dan tindakan tegas termasuk tindakan penguatkuasaan ke atas pihak atau individu terbabit menyebarkan fitnah akan dilakukan selepas ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page