top of page

Wartakan kawasan tanah kampung suku Penan di Sarawak - Abun Sui Anyit



Isu kawasan tanah suku kaum Penan di Sarawak seharusnya dibela dengan lebih bermaruah dalam pemerintahan Kerajaan Madani.


Senator Abun Sui Anyit berkata, Kerajaan Sarawak wajar mewartakan tapak perkampungan suku kaum berkenaan agar mereka mempunyai penempatan tetap dan tidak lagi berpindah randah.


Hal itu dinyatakan beliau setelah mengadakan program di Lusong Laku yang didiami kaum Penan bersempena majlis Adet Tapok Penan 2024 pada 4 Oktober lalu.


"Dalam program tersebut penduduk Penan Lusong Laku ada memaklumkan beberapa isu kepada kami, antara lain memaklumkan dan memohon agar hak Penan Lusong Laku ke atas tanah hak adat di kampung Lusong Laku dilindungi.


"Berdasarkan fakta yang diperolehi, sangat perlu Kerajaan Sarawak mencari satu kaedah terbaik untuk menjamin hak masyarakat Penan ke atas tanah mereka di Lusong Laku," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, biasanya di sesebuah komuniti kampung atau rumah panjang di Sarawak tidak ada pihak luar yang memiliki tanah di kampung orang lain.


Bagaimanapun, kata Abun Sui, lain ceritanya di Kampung Penan Lusong Laku kerana kebanyakan tanah hak adat Bumiputera di kawasan berdekatan atau sekeliling Kampung tersebut telah dibeli dan dimiliki oleh orang luar yang bukan dari Kampung Lusong Laku.


"Justeru Kerajaan Sarawak yang mempunyai bidang kuasa ke atas tanah di Sarawak disaran melakukan sesuatu agar Penan Lusong Laku tidak kehilangan semua tanah di kampung mereka sendiri dan akhirnya merempat di kampung mereka.


"Kerajaan boleh wartakan kawasan tanah di kampung Penan Lusong Laku di bawah seksyen yang sesuai dalam Kanun Tanah Sarawak untuk memastikan perkara lebih buruk tidak terjadi kepada Penan Lusong Laku suatu hari nanti, sambil juga menjaga kepentingan mereka yang telah membeli tanah dari masyarakat Penan Lusong Laku," katanya.


Selain itu, kata Abun Sui, Kerajaan Persekutuan boleh berperanan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam memajukan Air Terjun Pejik (O'ong Pejik) sebagai destinasi pelancongan dengan melibatkan masyarakat Penan agar mereka mendapat hasil daripada limpahan sektor pelancongan tersebut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page