Laskar siber pembangkang dinasihatkan jangan berterusan memainkan berita lama mengenai kemasukan 1.2 juta warganegara China yang tiada tiada rekod keluar.
Aktivis Pakatan Harapan Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz berkata, isu berkenaan tiada kaitan dengan Kerajaan Madani hari ini kerana dalam jawapan rasmi di Dewan Rakyat isu tersebut dinyatakan berlaku sebelum tertubuhnya Kerajaan Perpaduan pada November 2022.
"Benda ini berlegar di media sosial untuk wujudkan persepsi negatif terhadap Kerajaan Madani
"Maka ia tidak boleh dibiarkan lepas tanpa jawapan. Habis tersebar dalam media sosial terutamanya WhatsApp Group
"Walhal ia dari tahun 2018 - 2021. Waktu tu Hadi Awang, Muhyiddin, Mahathir, Hamzah Zainuddin dan lain lain dalam Kerajaan," katanya dalam catatan di Facebook mengungkap fakta bahawa PN pernah memerintah negara pada 2020 - 2021.
Tegas Syam Ghaz, isu itu lebih kepada kelemahan pihak imigresen yang gagal menjejak atau menyediakan rekod keluar masuk yang sempurna.
Hal berkenaan juga, kata Ketua Biro Basmi Kemusnahan Hutan (SAVE) Kelantan, pernah ditimbulkan pada 2019 ketika Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Dalam Negeri.
Jawapan Muhyiddin dipetik BH pada 3 Disember 2019 berkata, bahawa pihak imigresen akan menyusun keberadaan pelancong tersebut dan tindakan berdasarkan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang tinggal melebihi tempoh.
Dalam artikel sama, BH turut melaporkan kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud yang berkata berdasarkan semakan semula, jumlah pelancong China belum meninggalkan negara adalah 18,341 orang atau 23%, bukannya 95.6% seperti yang dilaporkan sebelumnya.
Oleh itu, kata Syam Ghaz, pembangkang seharusnya memberi peluang kepada Kerajaan Madani membersihkan semua semua jabatan kerajaan dan menyiasat punca atau kelemahan sebelum ini sehingga berlakunya isu tersebut.
Comments