top of page

Waran tangkap: Exco Terengganu tidak faham keutamaan tugas?



Waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu ke atas Exco Kerajaan Negeri Terengganu, ustaz Mohd Nor Hamzah berikutan ketidakhadiran beliau menyambung keterangan dalam pendengaran petisyen pilihanraya bagi membatalkan kemenangan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang menimbulkan persoalan mengenai keutamaan tugas ADUN itu.


Bagi Biro Penerangan dan Komunikasi KEADILAN Kemaman, ketidakhadiran tersebut menunjukkan sikap kurang peka Exco terbabit terhadap perintah mahkamah dan tiada kaitan dengan padatnya jadual tugasan beliau yang dijadikan alasan ketidakhadiran.


"Bagaimana seorang wakil rakyat yang sudah berkhidmat selama 3 penggal dan juga Exco Kerajaan Negeri tidak memahami prosedur mahkamah?


"Alasan beliau tidak dapat hadir kerana jadual yang padat juga dipertikaikan. Ini kerana hadir di mahkamah apabila diarahkan oleh hakim merupakan keutamaan yang terdapat dalam peruntukan undang-undang. Beliau patut mengutamakan kehadiran ke mahkamah berbanding urusan-urusan yang lain termasuk urusan rasmi.


"Seharusnya sebagai ADUN yang sudah berpengalaman, YB Nor Hamzah boleh menguruskan jadual kerja beliau dengan baik," kata kenyataan KEADILAN Kemaman.


Kenyataan tersebut juga mempersoalkan mengapakah Exco terbabit tidak mempunyai komunikasi yang teratur dengan pihak mahkamah sedangkan beliau mempunyai beberapa pegawai yang membantu tugasan harian.


"Adakah YB Noor Hamzah tidak menghormati mahkamah? Ini adalah satu persepsi yang sudah bermain di fikiran masyarakat Terengganu.


"Sebagai seorang ADUN yang berpengalaman, seharusnya ADUN Bukit Payong ini menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada rakyat.


"Janganlah memberi alasan yang remeh untuk menutup ketidakcekapan pengurusan dan pentadbiran beliau sebagai Exco dan juga ADUN," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page