Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah kelmarin telah melantik jawatankuasa baharu bagi memantapkan barisan pimpinan gabungan itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada tahun hadapan.
Menurut Ketua Penerangan dan Komunikasi Wanita Pakatan Harapan Sabah, Junaidah Makku, Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Pakatan Harapa Sabah pada 28 November lalu telah mempersetujui keanggotaan jawatankuasa berkenaan secara sebulat suara bagi sesi 2024/2025.
"Penubuhan struktur organisasi yang baru ini adalah untuk memperkuatkan lagi kepimpinan dan jentera Wanita PH di peringkat Sabah.
"Tahniah dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada barisan kepimpinan Wanita PH Sabah yang baru.
"Semoga pasukan ini berjaya mengangkat dan memperjuangkan agenda wanita di Sabah dan terus berkhidmat kepada masyarakat," katanya dalam kenyataan.
Berikut adalah senarai jawatankuasa Wanita PH Sabah:
Ketua Wanita
Jannie Lasimbang (DAP)
Timbalan 1
Noriha Yakub (KEADILAN)
Timbalan 2
Mohina Sidom (UPKO)
Timbalan 3
Siti Hazar Berahim (AMANAH)
Naib Ketua 1
Lomiti Jahan (UPKO)
Naib Ketua 2
Datin Rufinah Pengeran (KEADILAN)
Naib Ketua 3
Noor Ain Mohd Tahir (AMANAH)
Naib Ketua 4
Clare Taunek (DAP)
Setiausaha
Bronica Sikula (DAP)
Tim. Setiausaha 1
Fauziah Kudus (UPKO)
Tim. Setiausaha 2
Camelia Jaikop (KEADILAN)
Tim. Setiausaha 3
Saniah Ahmad (AMANAH)
Bendahari
Noor Zeeta Tamsun (KEADILAN)
Tim. Bendahari
Lai Shiau Lin (DAP)
Ketua Penerangan/Komunikasi
Junaidah @ Junn Makku (KEADILAN)
Pengarah Pilihanraya
Ferlita Ubara (UPKO)
Comments