top of page

Wanita perlu ambil peranan besar dalam membangun negara



Golongan wanita di negara ini diseru untuk lebih berani memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara dan menjadi ejen perubahan ke arah masyarakat yang lebih sejahtera.


Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dunia hari ini memerlukan lebih ramai wanita yang berani, berwawasan dan mempunyai hikmah dalam kepimpinan.


Menurutnya, sejarah telah membuktikan bahawa wanita memainkan peranan besar dalam pembentukan peradaban Islam.


Beliau memberi contoh Sayidatina Khadijah, seorang wanita yang bukan sahaja menjadi isteri Rasulullah SAW, tetapi juga seorang ahli perniagaan yang berjaya dan pendukung utama dakwah Islam.


"Sayidatina Aisyah, seorang ilmuwan dan perawi hadis yang ilmunya menjadi rujukan sepanjang zaman. Kepimpinan wanita dalam Islam bukan sekadar berada di belakang tabir, tetapi turut menyumbang secara langsung dalam aspek pentadbiran, pendidikan dan pembangunan masyarakat.


"Wanita bukan hanya pelengkap, tetapi pemimpin yang boleh membawa perubahan dengan nilai-nilai hikmah dan kebijaksanaan," katanya dipetik.


Dr Wan Azizah berkata begitu pada ucapan perasmian Program Ilmu MADANI: Wanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah di Kuala Lumpur pada Ahad.


Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada 1,000 wanita yang memerlukan dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Sementara itu tambahnya, kepimpinan yang berhikmah perlulah berasaskan kepada nilai-nilai keimanan, keilmuan dan kebijaksanaan, keadilan dan kesaksamaan serta kasih sayang dan empati.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page