top of page

Wanita Malaysia perlu lakukan perubahan selesai masalah sejak berdekad



Pasca Himpunan Wanita KEADILAN di Pulau Pinang minggu lalu telah berjaya mengupas beberapa isu utama yang membelenggu wanita dan kanak-kanak, dilakukan oleh 3 ahli akademik Profesor Dr Fatimah Kari (kemiskinan multidimensi), Prof Dr Haslinda Abdullah (isu kesihatan mental dan kesejahteraan belia) serta Dr Lai Wan Teng (kesaksamaan jantina).


Menurut Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar dan Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek, ketidaksamaan struktur sedia ada yang menyebabkan wanita lebih terdedah selepas pandemik Covid 19, terutamanya wanita ketua rumah tangga tunggal, boleh dijadikan naratif kempen untuk wanita berubah dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


"Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, penemuan yang digali oleh panel pakar mengukuhkan komitmen parti ke arah menangani jurang sosioekonomi yang ternganga yang ditinggalkan berikutan wabak itu.


"Kita boleh mempunyai keselamatan sosial yang inklusif dengan meluluskan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial untuk mengiktiraf dan mengawal selia pekerja sosial di Malaysia untuk memastikan kualiti perkhidmatan disampaikan dan memastikan segmen yang terdedah dapat dilindungi dengan secukupnya.


"Kita juga boleh memperkenalkan sistem penjagaan kanak-kanak komuniti, untuk membolehkan wanita fleksibel untuk bekerja dan mengambil bahagian dalam kehidupan awam. Juga memastikan akses kepada proses kehakiman yang adil melalui mahkamah sivil dan syariah, terutamanya dalam kes yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut mereka lagi, laluan kepada proses dan penjagaan yang sewajarnya itu termasuklah kanak-kanak yang kehilangan peluang untuk bersekolah dan wanita yang membentuk majoriti pelajar di universiti tetapi tidak diberi jaminan pekerjaan yang sesuai atau berkualiti berdasarkan ijazah masing-masing.


Tegas mereka, KEADILAN juga memperjuangkan untuk mencipta pekerjaan yang lebih bermaruah untuk menyasarkan graduan wanita berkemahiran tinggi, dengan gaji permulaan sepadan dengan kelayakan dan kemahiran.


Selain itu, KEADILAN boleh meningkatkan dasar perlindungan kanak-kanak, terutamanya melindungi mereka daripada menjadi mangsa pemangsa seksual dalam talian.


"Sehingga kini, Malaysia masih tidak memberi mandat kepada penyedia perkhidmatan internet untuk mengeluarkan bahan eksplisit yang melibatkan kanak-kanak," kata mereka.


Menurut Nurul dan Fadhlina lagi, wanita Malaysia perlu mempunyai hak yang sama untuk mendapat kerakyatan. Sebagaimana iltizam Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang baru baru ini menunjukkan solidariti kepada gerakan kewarganegaraan yang sama padan dan mencadangkan usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengiktiraf wanita sebagai sama-sama berhak menurunkan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka


Mereka juga bertekad untuk meluaskan pembasmian kemiskinan multidimensi yang dihadapi oleh segmen B40


"Ukuran kemiskinan kita melalui penggunaan indeks kemiskinan multidimensi mestilah holistik, dan mengambil kira kesan buruk perubahan iklim yang membuatkan kehadirannya dirasai dengan kekuatan di pantai kita melalui kejadian banjir yang teruk.


"Kita boleh melaksanakan belanjawan berasaskan jantina merentas semua kementerian dan agensi untuk memastikan sebarang dasar yang dibuat mengambil kira keperluan unik kedua-dua jantina.


"Kita juga berharap untuk menangani jurang yang ditinggalkan kepada generasi kanak-kanak yang hilang semasa wabak dengan mengutamakan generasi TVET," kata mereka lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page