top of page

Wanita KEADILAN tubuh tabung 30WREPS, bantu wanita jadi calon pilihanraya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 21, 2024
  • 1 min read


Wanita KEADILAN Pusat hari ini menubuhkan Tabung 30WReps khusus untuk membantu parti melengkapkan kuota 30% calon wanita.


Menurut kenyataan, Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek mengumumkan inisiatif penubuhan tabung berkenaan dengan dana permulaan RM50,000 bagi misi mempersiapkan calon wanita menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


"Penubuhan tabung ini adalah perintis kepada tindak susul daripada Program Pemantapan Representasi Wanita Dalam Parlimen yang berlangsung di Hotel Pulse Grande Hotel, Putrajaya hari ini.


"Program ini bertujuan memulakan kempen dalam KEADILAN untuk mencalonkan sekurang-kurangnya 30% wanita bertanding dalam PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," kata kenyataan tersebut.


Sehubungan itu, Fadhlina mensasarkan dana dalam tabung berkenaan akan meningkat daripada RM50,000 kepada ratusan ribu menjelang PRN atau tarikh Kongres Nasional KEADILAN yang dijadualkan pada tahun hadapan.


Jelas Fadhlina, komitmen mengisi tabung tersebut perlu dilakukan secara bersepakat bersama dengan anggota-anggota Wanita KEADILAN di seluruh negara.


Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian Program `Run To Win Change Malaysia’ Wanita KEADILAN yang mempersiapkan calon wanita berkualiti bagi melengkapkan kuota 30% calon Wanita KEADILAN.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page