top of page

Wanita KEADILAN sokong penuh, semoga Malaysia berjaya rebut kerusi UNESCO



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN: Hasrat Malaysia untuk bertanding kerusi Lembaga Eksekutif Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi penggal 2025 hingga 2029 amatlah dialu-alukan.


Malaysia secara rasmi mengumumkan percalonan bagi kerusi tersebut susulan pertemuan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek selaku Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), yang akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Pengarah UNESCO, Xing Qu di Paris, Perancis.


Dalam kenyataan oleh Kementerian Pendidikan, Malaysia menyatakan kesediaan untuk bersaing mendapatkan kedudukan dalam Lembaga Eksekutif UNESCO bagi membawa misi pertumbuhan nasional yang inklusif, melindungi alam sekitar, dan mempromosikan keadilan sosial, bersandarkan kepada prinsip Membina Masa Depan Yang Berbeza (BFD).


"Malaysia beriltizam melaksanakan beberapa langkah penting untuk merealisasikan objektif BFD melalui kompetensi UNESCO dalam bidang seperti pendidikan, sains semula jadi, sains dan sains sosial, kebudayaan, dan inisiatif kerjasama dengan semua pihak.


"Tindakan strategik ini dapat memberi sumbangan signifikan kepada impak kelestarian, inklusiviti, mencipta peluang, dan keamanan global," kata kenyataan itu.


Fadhlina ketuai lawatan minggu digital 2024


Fadhlina kini berada di Perancis bagi mengetuai lawatan Minggu Pembelajaran Digital 2024 di Ibu Pejabat UNESCO di Paris, bermula 1 September.

Noraini Nordin

Dengan kesediaan Malaysia merebut kerusi tersebut, ini merupakan satu lagi pencapaian membanggakan buat negara.


Kira-kira 40 tahun lalu, secara spesifiknya tahun 1984, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu selaku Menteri Pelajaran telah berjaya memenangi jawatan Pengerusi UNESCO.


Kini, setelah 40 tahun lalu, Fadhlina cuba mengulangi kembali kejayaan Anwar itu yang sekarang sedang bergelar Perdana Menteri Malaysia.


Wanita KEADILAN menyokong penuh, sambil mendoakan kejayaan buat Fadhlina.


_______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page