top of page

Wanita KEADILAN seru pengundi pilih calon PH



Oleh: Abdullah Zaid


Wanita KEADILAN menyeru kepada semua pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk beramai-ramai keluar mengundi memilih calon Pakatan Harapan (PH).


Ketua biro mobilisasinya, Idawati Hariman berkata, dalam tempoh hanya berbaki dua hari sahaja lagi sebelum hari pengundian gerak kerja sayap wanita itu tentunya akan dilipatgandakan.


"Alhamdulillah setakat ini segala perancangan dan pelaksanaan kita, khususnya jentera wanita bergerak dengan baik malah sentiasa bersama jentera pelbagai peringkat membantu melalui kempen lapangan bagi memilih wakil kerajaan Dr Joohari.


"Apa yang penting kempen yang sampai ke penghujungnya akan digunakan dengan sepenuhnya termasuklah menumpu kawasan mengundi di kawasan hitam mahupun kelabu untuk meningkatkan sokongan pengundi kepada Kerajaan Perpaduan," katanya kepada Suara Keadilan.


Idawati seterusnya menambah koordinasi yang cukup baik pelbagai peringkat semestinya akan membuahkan hasil dan apa yang penting masing-masing mampu melaksanakan tugas bagi memastikan kemenangan.


Pada masa sama, beliau turut mengharapkan kerjasama utuh antara rakan-rakan komponen parti PH- BN mampu memberikan kemenangan selesa buat calon.


"Dari segi kelebihan kita, jentera PH-BN banyak menumpu gerak kerja kempen yang dianjurkan parti masing-masing.


"Saya lihat kekuatan jentera yang ada ini boleh memberi peluang kemenangan selain kredibilti calon kita, Dr Joohari yang mempunyai banyak pengalaman sebelum ini. Beliau boleh memberi sumbangan terbaik kepada masyarakat di DUN Sungai Bakap sekiranya dipilih pengundi Sabtu ini," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page