Wanita KEADILAN Selangor melengkapkan senarai kepimpinan negeri dalam mesyuarat kelmarin.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rozana Zainal Abidin, mesyuarat pertama Majlis Pimpinan Wanita Negeri (MPWN) yang diadakan di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri Selangor itu telah memanggil semua Ketua Wanita Cabang dalam memutuskan perlantikan ke jawatan jawatan utama.
"Perlantikan jawatan pimpinan utama serta biro biro dibuat secara inklusif dengan mengambil kira penggabungan di antara anggota yang lama dan baru berdasarkan pengalaman dan kelayakan di kalangan Ketua Wanita Cabang, mantan Ketua Wanita Cabang, mantan ahli Exco Wanita Pusat serta aktivis parti.
"Keputusan ini dibuat demi keharmonian dan pemerkasaan struktur organisasi kepimpinan wanita Selangor," katanya.
Di samping itu, kata Rozana, Wanita KEADILAN Selangor juga menggariskan beberapa tumpuan utama dalam melaksanakan gerak kerja iaitu, siapsiaga Pilihan Raya Umum ke-15 dengan menganjurkan latihan pengurusan pilihan raya kepada pimpinan dan anggota wanita; Penglibatan Wanita Selangor di dalam pengurusan bencana alam dan kesiapsiagaan perubahan iklim; Memastikan proses pemberdayaan wanita berlaku secara wajar di semua peringkat dan lapisan dan Mengutamakan program pengukuhan ekonomi dan kebajikan anggota wanita berlaku selari dengan kemajuan dan kemakmuran negeri Selangor.
Rozana berharap pimpinan wanita di Selangor akan melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan bertanggungjawab, tanpa ada yang tercicir atau terpinggir.
"Wanita KEADILAN Selangor bertekad menjadi nadi utama kebangkitan Pakatan Harapan menakluk kembali Putrajaya di Pilihan Raya Umum ke 15 dengan semangat ‘Kita Semua KEADILAN’ dan ‘Ayuh Malaysia’, demi menjulang KEADILAN bersama kepimpinan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya lagi.
Berikut senarai penuh kepimpinan Wanita KEADILAN Selangor:
Ketua Wanita Yb Puan Rozana Zainal Abidin
Timbalan Ketua Wanita
Ketua Biro Pemantapan Agama/Kw Selayang Puan Salasiah Binti Disa
Naib Ketua Wanita 1
Ketua Biro Ekonomi/Ketua Wanita Bangi Puan Lim Kim Eng
Naib Ketua Wanita 2
Ketua Biro Guaman/Ketua Wanita Sg.Buloh Puan Zuraidah Binti Abd. Majid
Naib Ketua Wanita 3
Ketua Biro Pembangunan Komuniti/Kw Subang Puan Tanujah A/P Debul Singh
Setiausaha
Ketua Wanita Shah Alam Puan Nur Yusmi Binti Md Yusop
Bendahari
Ketua Wanita Kota Raja Puan Saribanon Binti Saibon
Setiausaha Pengelola Puan Ainul Aizura Binti Ahsan
Ketua Penerangan Puan Norazizah Binti Ruslan
Ketua Biro Komunikasi Puan Nurul Asyikin Binti Mohd.Ridzuan
Ketua Biro Pilihanraya Puan Sarimah Binti Lisut
Ketua Biro Keanggotaan /Kw Gombak Puan Rohana Binti Masruki
Ketua Biro Latihan Puan Rosnee Binti Talib
Ketua Biro Kebajikan/Kw Tanjung Karang Puan Fazidah Binti Joned
Ketua Biro Alam Sekitar/Kw Petaling Jaya Puan Ermeemariana Binti Saadon
Ketua Wanita Cabang Hulu Selangor Puan Hayati Binti Chat
Ketua Wanita Sungai Besar Puan Noorafiqah Binti Muliyani
Ketua Wanita Klang Puan Nor Mala Binti Jantan
Ketua Wanita Sabak Bernam Puan Torsinah Binti Wagiman
Ketua Wanita Kuala Selangor Puan Nantha Kumari A/P Singaram
Ketua Waniyta Kapar Puan Muthumariammah A/P N.Suppaeya
Ketua Wanita Damansara Puan Lam Yoke Saw
Ketua Wanita Ampang Puan Siti Fatimah Binti Jusoh
Ketua Wanita Hulu Langat Puan Roziah Binti Adam
Ketua Wanita Kuala Langat Puan Gan Lay See
Ketua Wanita Sepang Puan Rukiyah Kolamchery
Ketua Wanita Pandan Puan Roasiah Binti Ramli
Ketua Wanita Puchong Puan Sarawati Binti Mukhtar
Comments