Wanita KEADILAN Pusat baru baru ini menyantuni mangsa banjir di Perlis.
Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin dalam ucapannya pada satu majlis berkata, sayap parti berkenaan telah menyantuni beberapa orang mangsa sepanjang kunjungan Jumaat lalu.
Wanita KEADILAN juga, kata beliau, memberikan sumbangan kepada mangsa banjir dan keluarga yang perlukan bantuan.
"Kita santuni mangsa banjir di Perlis. Wanita KEADILAN ada tiga fasa dalam misi banjir Skuad Madani kita.
"Pertama kita datang sebelum banjir, kita kenal pasti kawasan dan sediakan barang (bantuan). Kita ada gudang di Kuala Lumpur, Kelantan.
"Gudang simpan barangan bantuan banjir ini diusahakan oleh Fadhlina Sidek, Ketua Wanita KEADILAN dan dari penyumbang yang nak bantu mangsa banjir.
"Kedua team masa banjir. Yang ini kami tidak turun kerana ada NADMA. NGO tak turun kerana jaga keselamatan.
"Kenapa kami datang hari ini? Fasa ketiga selepas banjir, iaitu menyantuni mangsa banjir," katanya dalam majlis Wanita Madani Wanita KEADILAN Perlis di Kangar.
Beliau dalam ucapan itu turut menyenarai pendek beberapa kampung yang dilawati Wanita KEADILAN Pusat dan mangsa mangsa banjir yang sempat ditemui. Termasuk katanya, tiga mangsa banjir Orang Kurang Upaya Penglihatan.
"Wanita warga emas ini tak dapat melihat. Pendapatan melalui kerja kraftangan. Tolong prihatin kepada OKU
"Tolong buat gotong royong pembersihan rumah.
"Minta Angkatan Muda Keadilan, Srikandi bantu," katanya lagi.
Selain itu, Wanita KEADIAN Pusat juga telah menyampaikan sumbangan kembali ke sekolah berupa beg sekolah dan perlengkapan pembelajaran kepada keluarga yang memerlukan.
Comments