top of page

Wanita KEADILAN lantik empat Ketua Biro baharu kukuhkan organisasi



Wanita KEADILAN Pusat mengukuhkan lagi organisasi dengan melantik beberapa ketua biro.


Menurut Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat, Loh Ker Chean, Mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) yang dipengerusikan oleh Ketua Wanita, Fadhlina Sidek pada 22 Jun lalu telah membuat beberapa pelantikan sebaik sahaja selesai proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap.


"MPWP yakin bahawa kepimpinan baharu ini akan membawa kekuatan dan vitaliti baharu kepada MPWP dalam usaha memperjuangkan agenda wanita dan memacu kemajuan negara," kata Ker Chean.


Selain itu tugas pertama ketua ketua biro berkenaan, kata beliau, adalah untuk memastikan gerak kerja PRK berjalan lancar dan boleh memberi keputusan terbaik selepas hari mengundi pada 6 Julai nanti.


"Tumpuan Wanita KEADILAN Pusat adalah meraih kemenangan di PRK DUN Sungai Bakap dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon Perpaduan, calon No1 Cikgu Joohari.


"Jentera Wanita KEADILAN yang diterajui oleh Ketua Wanita Pusat, telah memobilisasi Jentera Wanita di kalangan kepimpinan Wanita Pusat, Negeri dan Cabang serta akar umbi Wanita untuk turun padang membantu kempen calon Perpaduan bagi meraih kemenangan.


"MPWP yakin Cikgu Joohari, seorang tokoh pendidik, merupakan calon ADUN yang terbaik, bersifat inklusif dan merangkul kepelbagaian, serta mampu membela kebajikan penduduk Sungai Bakap berbanding dengan calon yang hanya mempunyai pentarafan ISO dunia," katanya lagi.


Demi kesejahteraan penduduk Sungai Bakap, kata Ker Chean, MPWP ingin menyeru semua pengundi DUN itu balik ke kampung dan turun mengundi pada 6 Julai ini dan undi calon Perpaduan untuk mempercepatkan segala usaha penambahbaikan dan naik taraf infrastruktur di kawasan berkenaan.


Empat jawatan baharu ialah:


Ketua Biro Pemantapan Agama

Salasiah Binti Disa


Ketua Biro Keanggotaan

Saribanon Binti Saibon


Pengarah Komunikasi

Victoria Musa


Ketua Biro Usahawan

Siti Norffinie Binti Mohamed Yassina

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page