top of page

Wanita KEADILAN kutuk buli siber, puji tindakan pantas pihak berkuasa



Jenayah buli siber tidak seharusnya terjadi dalam masyarakat Malaysia yang bertamadun.


Bagi Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Sangetha Jayakumar, tragedi yang menimpa pempengaruh Rajeswary @ Esha yang meninggal dunia didakwa kerana membunuh diri baru baru ini perlu dielakkan daripada terus terjadi.


"Kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Esha atas kehilangan yang tragis ini. Tindakan buli siber adalah tidak berperikemanusiaan dan bertentangan dengan nilai-nilai murni yang kita junjung sebagai sebuah masyarakat yang beradab


"Kami juga mengucapkan penghargaan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas tindakan pantas menyiasat kes buli siber


"Tindakan tegas pihak berkuasa merupakan langkah penting dalam memastikan keadilan ditegakkan dan keselamatan setiap individu, terutamanya wanita, terjamin," kata Sangetha dalam kenyataan.


Beliau berharap dengan undang-undang yang efektif dan penguatkuasaan yang berkesan, kerajaan dapat mengurangkan kes-kes pembulian siber dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua.


Pada masa yang sama Wanita KEADILAN, katanya, ingin menekankan kepentingan #SayangiDiri dalam menjaga kesihatan mental.


Kesihatan mental merupakan komponen penting dalam kesejahteraan keseluruhan dan perlu diberikan perhatian yang serius.


Wanita KEADILAN mengunjungi keluarga Rajeswary bagi menyampaikan rasa kesal atas jenayah buli siber

"Penjagaan diri bukan sahaja tentang menjaga tubuh badan tetapi juga melibatkan emosi dan minda. Mengambil masa untuk berehat, bersenam, dan memberi ruang kepada diri sendiri untuk bernafas adalah langkah penting dalam memastikan kesihatan mental yang baik.


"Di samping itu, kami menggalakkan wanita untuk tidak teragak-agak mencari bantuan apabila diperlukan. Berbincanglah dengan rakan, ahli keluarga, atau profesional kesihatan mental jika anda merasa tertekan atau tertekan. Tidak ada salahnya mencari sokongan dan bantuan. Ingatlah bahawa anda tidak bersendirian dan terdapat ramai yang bersedia untuk membantu," katanya lagi.


Kata beliau, sekiranya seseorang wanita merasa kesunyian, tertekan, atau mempunyai pemikiran negatif, terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan sokongan percuma dan 24 jam sehari.


Wanita bermasalah sedemikian, katanya, boleh menghubungi Befrienders KL di 03-76272929 atau Talian Kasih di 15999 atau Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental di 03-29359935


Dalam pada itu Sangetha juga mengucapkan terima kasih kepada Wanita KEADILAN Pusat telah mengujungi keluarga mendiang Rajeswary dan menghulurkan ucapan takziah.


Antara yang hadir dalam kunjungan baru baru ini, selain Sangetha adalah Ketua Srikandi KEADILAN, Anetha Pillai; Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP KEADILAN), Saira Banu dan Telagapathi Shiv M. Tila; Yogeswary S. Veloo dan Vani Veeran mewakili Ahli Parlimen Bandar Tun Razak; Adlina Ahmad mewakili Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan dan Haslinda Md Kasbullah selaku Ketua Wanita KEADILAN Wangsa Maju serta Malini Naraianasamy TKW dan AJK Wanita KEADILAN Wangsa Maju.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page