top of page

Wanita KEADILAN Kuantan giat promosi produk keluaran aanggota



Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Kuantan tampil dengan inisiatif tersendiri dalam dunia keusahawanan apabila ahli parti diberi ruang dan peluang untuk mempromosi, sekali gus memasarkan produk keluaran mereka.


Menurut satu kenyataan, antara produk utama yang dipasarkan adalah pelbagai produk jahitan, aneka biskut dan kerepek, jambangan bunga segar serta kuih-muih.


Produk-produk berkenaan dipasarkan ketika Sambutan Tahun Baharu 2025 di Tasek Kotasas, Kuantan pada 28 hingga 31 Disember lalu.


"Sebagai satu usaha memperkasakan penglibatan ahli-ahli Wanita Cabang KEADILAN Kuantan, Wanita KEADILAN Kuantan terlibat dalam mempromosi dan memasarkan produk-produk keluaran ahli.


"Ketua Wanita Cabang Kuantan, Sridayu Samsuri menyifatkan acara itu memberi peluang kepada anggota wanita Cabang yang terlibat dalam mengeluarkan produk keusahawanan untuk meluaskan lagi pasaran produk masing-masing.


"Melalui social enterprise seperti TEJA Station, acara seperti ini memang ditunggu-tunggu oleh usahawan wanita Cabang untuk terlibat secara aktif.


"Semoga penglibatan aktif usahawan wanita KEADILAN juga dapat membantu meningkat pendapatan keluarga masing-masing dan terus berdaya maju bersama KEADILAN Kuantan," maklum kenyataan itu.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page