Wanita KEADILAN Cabang Kuantan menggerakkan program Foodbank Musim Tengujuh bagi meringankan beban keluarga nelayan di pesisir pantai yang tidak dapat mencari rezeki ketika ombak besar pada musim tengkujuh yang dijangka berakhir hujung Januari ini.
Menurut Ketua Wanita Cabang KUANTAN, Sridayu Samsuri, melalui kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Inderapura, Parlimen Kuantan dan Pejabat Ketua Cabang KEADILAN Kuantan baru baru ini mereka berjaya mengagihkan bantuan kepada ketua ketua keluarga yang tidak dapat ke laut untuk mencari pendapatan dibantu daripada segi keperluan harian.
"Sebanyak 100 pek makanan kering diagihkan kepada ketua keluarga yang terjejas menerusi ranting-ranting di dalam DUN Inderapura," katanya dalam kenyataan.
Wanita KEADILAN Kuantan berharap dengan pek makanan kering itu dapat meringankan beban keluarga yang dibantu.
Comentários