top of page

Wanita KEADILAN Kuantan anjur seminar sijil halal



Oleh: Abdullah Zaid


Kira-kira 70 peserta menyertai program Kesedaran dan Pensijilan Halal Malaysia yang dianjurkan Wanita KEADILAN Kuantan, baru-baru ini.


Ketuanya, Sridayu Samsuri berkata, program berkenaan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada usahawan mikro prosedur dan syarat untuk mendapatkan akreditasi halal.


Katanya, program itu telah disampaikan oeh wakil Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi tujuan tatacara dan tips permohonan kepada semua peserta.


"Program ini turut diisi dengan taklimat Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home based Food) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


"Selain itu, peserta turut dibimbing untuk mendaftar Food Safety Information System atau FOSIM," katanya dalam satu kenyataan.


Jelasnya, peserta program berkenaan menerima bimbingan langsung daripada agensi berkaitan untuk memperbaiki dan menambah baik mutu serta pengurusan perniagaan masing-masing.


"Semoga program ini dapat meningkatkan kapasiti perniagaan masing-masing seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi komuniti dan negara," ujarnya lagi.


Untuk rekod, program di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dianjur secara bersama oleh

dua buah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) dan Pertubuhan Ekonomi Madani Pahang (e-Madani).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page