top of page

Wanita KEADILAN komited cungkil bakat baharu kepimpinan



Oleh: Akmal Manaf


Wanita KEADILAN terus komited untuk mencungkil dan menggilap lebih ramai bakat kepimpinan, seiring dengan misi mencapai 30 peratus golongan wanita dalam kelompok kepimpinan pusat.


Iltizam itu disuarakan Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin susulan pindaan perlembagaan yang menyaksikan kaedah pengundian dalam pemilihan jawatan tertinggi KEADILAN diubah, sekali gus memberi satu fenomena baharu terhadap konsep pemilihan parti itu.


Beliau berkata, pindaan itu adalah untuk memastikan semua kelompok yang diwakili, dapat membuat pilihan mereka termasuk daripada segi etnik, jawatan, hierarki sosial dan juga Orang Kelainan Upaya (OKU).


Katanya, kebanyakan sistem yang ada ketika ini adalah anggota bawahan tidak kenal pemimpin pusat yang mahu diundi.


"Sistem 'cai' juga berleluasa pada sesi pemilihan lalu dan tidak ada pemimpin yang dipilih daripada golongan Orang Asli, OKU mahu pun ibu tunggal.


"Bagi saya, pindaan perlembagaan ini juga adalah selari dengan matlamat untuk memantapkan parti sekali gus memastikan kelangsungan parti.


"Saya yakin hasil daripada pindaan ini, KEADILAN akan jadi parti yang dominan, berdisiplin, kuat dan kekal relevan sepanjang zaman," ujarnya menerusi satu kenyataan.


Dalam pada itu, Noraini turut menzahirkan rasa optimis bahawa Wanita KEADILAN akan menjadi sayap parti yang teguh

kerana jumlah perwakilan akan bertambah mengikut jumlah wanita di cabang masing-masing.


Untuk rekod, Kongres Nasional Khas KEADILAN yang diadakan di Shah Alam hari ini, berjaya meminda perlembagaan parti berhubung sistem pemilihan jawatan utama parti dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) termasuk prinsip penetapan kuota gender dan etnik.


Menurut Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh, pindaan perlembagaan itu adalah berhubung proses pemilihan parti, yang meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi 6 jawatan jawatan tertinggi parti serta 20 anggota MPP di Kongres Nasional.


Katanya, dalam kongres khas itu telah menyaksikan lebih dua pertiga perwakilan bersetuju dan meluluskan semua pindaan perlembagaan parti yang telah diusul.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page