Wanita KEADILAN Pusat melalui Skuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN telah menjelajah ke seluruh negeri yang dilanda banjir baru baru ini bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek, Wanita KEADILAN telah menunjukkan keprihatinannya dengan menyumbang tenaga mengagihkan bantuan, atau terlibat dalam operasi pembersihan pasca banjir.
"Semenjak hari pertama mehnah banjir melanda negara, Skuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN telah bekerja keras turun ke pelusuk tempat menghantar bantuan kepada rakyat yang terjejas.
"Kekuatan aktivisme Wanita KEADILAN sekian lama adalah kekuatan di ranah awam bersama rakyat di akar rumput.
"Seluruh pasukan Wanita KEADILAN dari setiap negeri hadir membawa pelbagai keperluan untuk rakyat dan bersama tenaga serta kudrat menghantar bantuan tanpa mengenal lelah," katanya di Facebook selepas melawat gerak kerjaSkuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN.
Beliau berdoa agar Allah SWT memberi balasan terbaik kepada pengorbanan Wanita KEADILAN.
Comments