top of page

Wanita KEADILAN anjur latihan pengunaan sistem pengurusan ASAK



Oleh: Abdullah Zaid


Seramai 100 orang pimpinan wanita cabang dan negeri hadir menyertai Latihan Sistem Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan (ASAK) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Menurut Setiausaha Wanita Pusat, Loh Ker Chean, program tiga hari itu itu dibuat bagi memperkasakan pengurusan dan tadbir urus organisasi sayap wanita KEADILAN secara digital.


"Wanita KEADILAN berani untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan serta kesenjangan literasi digital


"Oleh itu sebagai parti reformasi, kita perlu berani untuk menerajui sebarang agenda perubahan di dalam atau di luar parti," katanya dalam satu kenyataan menyokong latihan ASAK kepada Wanita peringkat cabang dan negeri yang terpilih.


Menurut Ker Chean lagi, pihak Wanita KEADILAN mensasarkan jelajah ke tiga buah negeri antaranya Perak, Sabah dan Sarawak bagi tujuan penganjuran yang sama, selain memilih Wanita Selangor dan Wilayah Persekutan sebagai perintis kepada negeri-negeri lain.


"Pejabat Setiausaha Wanita Pusat akan menjelajah ke tiga buah negeri iaitu Perak, Sabah dan Sarawak untuk menganjurkan pemukiman dan Latihan Sistem ASAK supaya seluruh sayap wanita bersedia untuk menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang," ujarnya.


Dalam pada itu, Setiausaha Pengelola Wanita Pusat, Shafiqa Zakaria pula akan mensasarkan lebih 50 ranting didaftarkan di bawah sistem ASAK menjelang akhir tahun ini.


"Fokus utama saudari Shafiqa adalah untuk melahirkan lebih ramai wanita keadilan sebagai ketua ranting.


"Secara keseluruhannya, transformasi digital ini penting bagi memastikan Wanita KEADILAN sentiasa berinovasi dan berevolusi seiring dengan kemajuan teknologi," ujar Ker Chean lagi.


Untuk rekod sistem ASAK adalah perisian dan pangkalan data bagi memudahkan pengurusan dan operasi Wanita KEADILAN pada semua peringkat - pusat, negeri dan cabang.


Sistem tersebut telah mula digunakan bagi melincinkan operasi pentadbiran Wanita KEADILAN seluruh negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page