top of page

Wanita KEADILAN aktifkan Skuad Ihsan Madani ke seluruh negara



Oleh: Noraini Nordin


(Sorotan Khas Misi Banjir Wanita KEADILAN Skuad Ihsan Wanita KEADILAN 2024, 6 Disember 2024 (Hari pertama))


Hari Jumaat yang barakah. Kami memulakan perjalanan dari Putrajaya ke Terengganu dalam cahaya senja berlangitkan awan yang muram.


Walaupun tugasan penulis sendiri sudah terlalu padat dengan pelbagai program di ibu negara (bertindih-tindih) namun penulis

tetap meluangkan waktu untuk menyertai kumpulan pertama penghantaran sumbangan Misi Banjir Wanita KEADILAN #Skuad Ihsan Wanita KEADILAN ke Terengganu.


Kami berada di Terengganu untuk tempoh empat hari, tiga malam yang bermula 6 Disember lalu.

Skuad Ihsan Wanita bergerak ke Terengganu

Kumpulan pertama Skuad Ihsan Wanita KEADILAN ini dianggotai oleh Pengerusi Biro Mobilisasi Aidawaty Paiman, Ketua Wanita KEADILAN Johor Zuraidah Zainab Mohd Zain, Ketua Srikandi Sarawak Norhafizah Mohd Joharie, Pengerusi Biro Usahawan Siti Norffinie Mohamad Yassin, Rosmawati Shanim Hasim (Cabang Batu) dan Fauziah Hassan Kuthoos .


Bagi tugasan menyelaraskan sumbangan barangan banjir di Terengganu pula diketuai oleh Ketua Wanita KEADILAN Negeri, Armila Alias yang juga Ketua Wanita Pakatan Harapan negeri tersebut.


Musibah banjir di Terengganu


Misi paling jelas kami adalah untuk membantu sahabat-sahabat seperjuangan yang kawasan dan negeri mereka dilanda musibah banjir.


Kami juga mahu menyantuni dan membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan sasaran bagi meringan bebanan mereka.

Noraini Nordin terlibat dalam misi pasca banjir

Dua buah kenderaan pacuan empat roda sarat dengan barangan sumbangan termasuk kit wanita, kit kanak kanak, kit warga emas, kit pelajar, kit makanan ringan juga peralatan solat.


Banjir gelombang pertama kali ini amat luar biasa bila mana lebih 100,000 mangsa terlibat di tujuh negeri termasuk di Terengganu, Kelantan dan Kedah.


Kerosakan serta kerugian akibat banjir juga sudah mencecah RM1 bilion yang juga melibatkan sektor pertanian.


Sukarelawan Wanita KEADILAN untuk misi banjir


Perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Dungun kira-kira 378 kilometer itu pula diuji dengan hujan lebat silih berganti.


Kami tiba di Dungun tepat jam 10 malam. Keletihan lenyap apabila disambut oleh Armila dengan sajian enak dan penginapan yang selesa. Alhamdulilah.


Terima kasih Ketua Wanita Pusat, YB Fadhlina Sidek yang berusaha gigih menyediakan barangan sumbangan dan amat peka meringankan bebanan mangsa banjir seluruh negara.


Sementara itu, dalam masa yang sama pasukan sukarelawan Wanita KEADILAN untuk misi banjir juga turut diaktifkan bagi membantu mangsa-mangsa di Kelantan, Kedah, Pahang serta kawasan-kawasan terkesan.


Skuad Ihsan Madani diketuai oleh Ketua Wanita KEADILAN negeri masing-masing mengerakkan anggota mereka untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas tanpa mengira kaum dan peringkat umur.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page