top of page

Wang ihsan: MB Kelantan ucap terima kasih kepada Perdana Menteri



Menteri Besar Kelantan (MB) Mohd Nassuruddin Daud merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Hal itu susulan wang ihsan yang telah disalurkan pentadbiran Anwar kepada Kerajaan Negeri itu pada minggu lalu.


Nassuruddin dipetik laporan media berkata, pemberian wang ihsan tersebut membantu meringankan beban yang ditanggung Kerajaan Negeri dan pihaknya akan memanfaatkan wang ihsan itu untuk membayar emolumen sektor awam seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Kewangan.


"Saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri sentiasa bantu Kelantan, bukan sahaja wang ihsan tetapi dalam perkara lain juga," katanya.


Kementerian Kewangan dalam kenyataan minggu lalu memaklumkan telah menyalurkan wang ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri masing-masing.


Kenyataan itu menegaskan kerajaan Madani sentiasa bersikap adil dan saksama dalam hal pemberian kepada semua kerajaan negeri, yang disalurkan secara serentak setiap bulan.

Nassuruddin turut mengakui Kelantan tidak dianaktirikan walaupun ditadbir pembangkang.

"Semua perkara boleh bincang dan Perdana Menteri beri jaminan bahawa beliau turut beri perhatian kepada Kelantan," tambah beliau.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page