top of page

'Wang ehsan diteruskan, lapangan terbang Kulim bukan kerajaan batalkan'



Dua perkara dimainkan oleh pihak pembangkang ke tahap fitnah adalah pembatalan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dan pembatalan wang ehsan di negeri Pantai Timur.


Dalam sesi penggulungan Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) menjawab semua tohmahan terkait pembatalan projek lapangan terbang KXP.


Katanya, beliau baharu menerima surat mengenai projek tersebut daripada Menteri Besar (MB) Kedah. Dalam masa sama, katanya juga telah menerima pengesahan dari tokoh perniagaan yang dikatakan ingin meneruskan projek KXP berkenaan.


"Soal lapangan terbang Kulim telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan. Saya baru terima surat dari MB, minta ditimbang. Tetapi cadangan itu (projek) dari pihak swasta dan katanya, syarikat Tan Sri Syed Mokhtar (mahu) bantu menguruskan. Syed Mokhtar hubungi saya tadi dan mengatakan, 'maaf saya tidak bersedia untuk jalankan projek itu'.


"Itu biar ada jawapan. Ini saya bercakap di Parlimen dan ada handsard (tidak menipu).


"Dia (Syed Mokhtar) tidak mampu buat kerana (modal) RM 7 bilion dan RM7 bilion kalau orang nak bawa modal dan tidak diteliti oleh Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, pakai umum begitu sahaja, ini perintah cara apa? Tak ada dalam projek kita begitu," katanya.


Anwar juga berkata, syarikat asal yang ingin membina lapangan terbang itu juga telah membatalkan hasrat.


Oleh itu, katanya tidak wajar kerajaan disalahkan kerana membatalkan projek tersebut kerana tiada pembiaya sebagaimana sebelumnya.


"Syarikat yang mahu buat itu, sebagaimana disebut oleh Menteri Pengangkutan, syarikat ECK Group (ECK) yang dipilih pada Julai 2022 telah batalkan cadangan mereka.


"Itu pun kata Kerajaan Persekutuan zalim kerana batalkan. Yang batal itu syarikat kamu yang cadangkan dan kemukakan.


"Kalau betul nak buat, boleh kemuka lagi dan Menteri Pengangkutan yang lebih sabar daripada saya boleh teliti," katanya.


Berkenaan wang ehsan pula, Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk memberi secara langsung sebahagian wang bantuan kepada penerima di negeri yang ramai miskin tegar.


Katanya, hal itu lebih baik untuk mengelakkan wang bantuan disalahgunakan ke tempat lain.


"Soal wang ehsan dibangkitkan. Apa pernah saya sebut dibatalkan? Cuma saya sebut sebahagian kecil peruntukan akan disalur terus. Kalau dah tahu Terenggau negeri miskin apa salah Menteri Kewangan salur wang ehsan direct kepada orang msikin, di mana salah kerana kadar kemiskinan Terengganu 12% tahun 2020, jauh lebih tinggi daripada kadar kemiskinan kebangsaan.


"Kelantan pula mencecah 21%. Ini kita tidak akan kurang jumlah wang ehsan. Tetapi kita nak tentukan dalam beberapa kategori, wang itu disalur terus. Kalau tidak berilah sebanyak mana pun wang ehsan kadar kemiskinan Kelantan, Terengganu masih di tahap yang sama," katanya lagi.


0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page