top of page

'Waktu PN perintah kapal terbang, kapal Israel masuk sempadan Malaysia'



Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa hairan apabila wawancara beliau bersama CNN tentang konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest dijadikan bahan politik.


Beliau menegaskan, pihaknya sudah membawa pendirian Malaysia ke pentas dunia berhubung kekejaman yang dilakukan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.


''Saya serang (kecam) Israel habis-habisan, tak tahu apa lagi cara yang boleh saya buat. Di Riyadh, Lima, Rio De Janeiro suara Malaysia paling keras.


''Saya tidak faham mengapa perkara ini harus dipolitikkan,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjelaskan perkara itu dalam sesi Pertanyaan Perdana Menteri, sebagai menjawab soalan Dr Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang memohon Anwar menjelaskan mengenai wawancara tersebut yang telah menimbulkan salah anggap khususnya blok pembangkang.


Menjelaskan lebih lanjut, Ahli Parlimen Tambun itu menimbulkan persoalan apakah pembangkang tidak 'pro-Israel' dengan mengimbas kembali tentang pesawat negara Yahudi itu menggunakan ruang udara Malaysia dan kapal syarikat Israel ZIM berlabuh di Pelabuhan Klang ketika Kerajaan PN memerintah.


''Padahal sewaktu kerajaan terdahulu, pesawat Israel pun boleh masuk (Malaysia). Diberi kebenaran, ada tarikh dan waktu tapi tak ada pula dihukum?


''Sehingga 2022 kapal perdagangan Israel (ZIM) masuk ke pelabuhan (Malaysia). Itu yang realitinya, tapi sibuk nak serang saya juga,'' bidas beliau kepada blok pembangkang.


*Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page