top of page

Waktu buku Hannah terbit Pas diam, mengapa sekarang bising, bantah?



Oleh: Akmal Manaf


Sikap Pas berdiam diri sewaktu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' terbit pada 2014 lalu tetapi dijadikan isu besar apabila DAP tidak lagi bertahaluf siyasi dengan parti itu dipersoalkan.


Bagi mantan Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Ustaz Syamsul Firdaus Mohamed Supri, Pas sengaja menjadikan isu buku tulisan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh itu sebagai bahan politik untuk menaikkan kemarahan orang Melayu.


Katanya Pas hipokrit kerana tidak pernah menegur DAP menyebarkan ajaran Kristian secara senyap sewaktu era kerjasama Pakatan Rakyat (2008 - 2014) lalu.


"Pas tidak begitu mengambil kisah (tentang buku itu), tetapi bila mana ianya sesuatu yang kemudiannya Pas tidak berada dengan DAP dalam satu gabungan, dan dilihat DAP ini pihak yang banyak kontra dengan Pas, maka ia jadikan itu (buku Hannah) sebagai satu modal.


"Tulisan Hannah Yeoh itu lebih kepada pandangan peribadi (beliau) yang menyatakan daripada segi keinginan Hannah untuk melaksanakan agenda sebagai seorang yang percaya kepada Tuhan dalam konteks iktikad Kristian.


"Umat Islam tak perlu pertikaikan, dan perkataan 'Duta Tuhan' itu merujuk bahawa Hannah ingin menjadi seseorang yang membawa mesej daripada Tuhan, yang dia iktikadkannya sebagai Tuhan (dalam agama beliau). Jadi tiada masalah," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Himpunan Bangkit Ummah Pas yang dijangka diadakan di Masjid Jamek, Kampung Baru selepas solat Jumaat.


Himpunan itu dikatakan berkisar isu penerbitan buku ditulis Hannah Yeoh yang didakwa mengandungi unsur penyebaran agama Kristian secara halus, meskipun Pas bersama DAP dalam Pakatan Rakyat sewaktu penerbitan itu.


Mengulas lanjut, Ustaz Firdaus berpendapat, tiada apa yang perlu dirisaukan oleh seorang Muslim jika mempunyai pegangan akidah yang kuat.


"Apa yang disuarakan (kontroversi) itu, lebih kepada nak memainkan sentimen untuk mengelirukan orang Islam tentang konteks yang terkandung dalam buku tulisan pemimpin DAP tersebut," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page