top of page

Wakil Malaysia sempurnakan penghormatan kepada Ismail Haniyeh



Wakil Kerajaan Malaysia telah menyempurnakan penghormatan terakhir terhadap pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan perwakilan negara termasuk Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengiringi jenazah Haniyeh ke Tanah Perkuburan Founding Imam Bandar Lusail, Doha, pukul 1 petang waktu tempatan.


"Upacara pengebumian syuhada, Ketua Biro Politik Hamas dilakukan dengan kehadiran orang ramai serta penyertaan pemimpin Arab dan Islam dari pelbagai negara.


"Mewakili Kerajaan Malaysia saya telah memberikan penghormatan terakhir kepada pemimpin tertinggi Hamas, Almarhum Ismail Haniyeh.


"Dengan kehadiran ribuan orang ramai sewaktu solat jenazah dan di pengebumian almarhum jelas menunjukkan nilai penghormatan yang tinggi kepadanya sebagai pemimpin teragung Palestin," kata Dr Shamsul melalui perkongsian di media sosial.


Haniyeh dan pengawal peribadinya terkorban dalam serangan disasarkan ke tempat penginapannya di utara Tehran, Iran sekitar pukul 2 pagi waktu tempatan pada 31 Julai.


Allahyarham berada di Tehran untuk menghadiri upacara angkat sumpah presiden baharu Iran.


Sementara itu Dr Mujahid dipetik laporan media berkata, beliau telah menyampaikan salam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemimpin Hamas termasuk Khalid Masyaal.

"Saya menyampaikan salam takziah peribadi mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemimpin Hamas dan menyampaikan salam kepada ketua gerakan Islam lain yang hadir.


"Beribu yang menghadiri solat jenazah diimamkan oleh ayahanda al-Syahid sendiri. Salam dari Doha," kata Mujahid.


*Kredit foto: FB Shamsul Anuar Nasarah

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page