top of page

Wakaf boleh jadi enjin ekonomi baharu, mana RUU Wakaf Wilayah Persekutuan



Institusi wakaf di banyak belahan lain dunia telah menjadi salah satu enjin pertumbuhan ekonomi negara apabila orang Islam menyumbang dalam banyak cabang 'pelaburan akhirat' yang dibenarkan kerajaan.


Malangnya di Malaysia wakaf masih lebih dikenali sebagai menderma dan menguruskan tanah tapak masjid, rumah anak yatim atau kubur.


Ahli Parlimen Fuziah Salleh (PH - Kuantan) mempersoalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Islam yang tidak proaktif dalam mewujudkan Rang Undang-undang wakaf Wilayah Persekutuan supaya menjadi model kepada negeri-negeri lain untuk merangka undang-undang sama.


"Kita dengar apa Yang Berhormat (YB) menteri bercakap tentang wakaf. Sebenarnya apa YB bercakap itu old school of wakaf, dah berlaku berapa lama dan kita semua maklum dengan apa yang telah dilakukan tentang tanah wakaf.


"Pada ketika ini wakaf players sudah bersedia untuk pergi lebih jauh. Wakaf players sudah sedia menjadikan wakaf sektor ekonomi ketiga.


"Rang Undang-undang (RUU) Wakaf Wilayah Persekutuan satu undang-undang yang amat perlu dalam memastikan tadbir urus yang baik untuk kita menguruskan harta wakaf.


"RUU Wakaf Wilayah seharusnya dibawa ke dalam dewan ini supaya negeri lain boleh menjadikannya model undang-undang wakaf.


"Kita ada enakmen wakaf di 5 negeri tetapi negeri yang lain menunggu RUU Wakaf Wilayah untuk menjadi model tadbir urus wakaf di negara kita," katanya dalam perbahasan Dewan Rakyat sesi petang.


Sehubungan itu, Fuziah mengharapkan RUU wakaf tersebut mampu menjadi pencetus menyelesaikan masalah sosial dan kemiskinan tegar terutama dalam kalangan umat Islam.


"Saya dapat jawapan dari soalan saya menyenaraikan masalah yang belum diatasi oleh MAWIP. Saya tidak lihat kesungguhan dalam jawapan menteri. Rugilah negara kita sekiranya kita tidak boleh membawa pendekatan terkini dalam kita membangunkan institusi wakaf.


"Malah kita mampu menggunakan institusi wakaf ini untuk menangani masalah kemiskinan, untuk selesai masalah sosial negara. Bukan setakat tanah wakaf, masjid, kubur seperti menteri cakap," katanya.


Menteri Agama Idris Ahmad menjawab, terdapat beberapa inovasi dalam institusi wakaf di Malaysia dengan wujudnya sistem wakaf tunai dengan kerjasama bank-bank tempatan dan produk pelaburan unit amanah wakaf.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page