top of page

Wajarkah Menyumbang Ke Tabung Bencana Di Bawah Pas Selangor?



Oleh: Dr Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Badan Penyelaras dan Pengurusan Bencana Negeri Selangor atau lebih dikenali dengan Khidmat Malaysia Selangor telah mendirikan sebuah markas logistik selepas berlangsungnya Konvensyen Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS).


Markas logistik tersebut turut digunakan sebagai markas operasi Jabatan Amal Malaysia Selangor, program tersebut adalah inisiatif Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Selangor untuk menambat hati pengundi menjelang Pilihanraya Umum ke-16.


Markas yang mempunyai kemudahan stor dan pejabat itu digunakan bagi mengumpul dan menyalurkan bantuan kepada kawasan-kawasan yang ditimpa bencana sama ada dalam atau luar Selangor.


Lihat prestasi inisiatif di bawah Pas


Inisiatif yang digerakkan oleh Pas Selangor ini harus dipuji dari segi niat yang baik, namun melihat kepada sejarah pengurusan projek yang diusahakan oleh parti tersebut maka penyumbang dana perlu lebih berhati-hati. Kepimpinan Pas melalui proksi-proksinya sama ada Kerajaan Negeri atau NGO sebelum ini mempunyai rekod prestasi kurang baik apabila melibatkan pengurusan dana sumbangan awam.

Dr Mohd Fauzi Fadzil

Projek Lebuh Raya Rakyat di Bukit Tiu ke Kampung Berangan Mek Nab di Machang membabitkan laluan sejauh 10 km merupakan satu contoh kegagalan. Projek tersebut yang memerlukan belanja sekitar RM 200 juta mahu diteruskan dengan dana hasil sumbangan awam menerusi Tabung Akaun Amanah Lebuh Raya Rakyat.


Projek kemudiannya terpaksa dibatalkan di peringkat negeri atas persetujuan bersama pemaju. Sehingga kini status dana hasil sumbangan awam terkumpul berjumlah RM 3.2 juta itu masih tidak dilaporkan secara jelas.


Perkara melibatkan dana sumbangan rakyat turut dipersoalkan terkait kes saman Presiden Pas, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang terhadap Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London ekoran satu rencana yang disiar oleh Sarawak Report mengaitkan beberapa pemimpin kanan Pas. Bendahari parti itu melaporkan dana yang terkumpul hasil sumbangan awam bagi menampung kos saman yang dimulakan oleh Presiden Pas adalah berjumlah RM 400 ribu.


Dana itu akhirnya digunakan untuk bayaran kepada Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown pada 2019 sebagai sebahagian daripada persetujuan penyelesaian luar mahkamah. Dana sumbangan masyarakat awam bagi melihat kes yang diperjuangkan Presiden Pas dibicarakan, akhirnya menjadi bayaran penyelesaian di luar mahkamah.


Sumbang terus kepada mangsa


Justeru adalah lebih baik rakyat Negeri Selangor menyalurkan sumbangan kepada mangsa yang ditimpa bencana sama ada dalam atau luar Selangor menggunakan saluran yang lebih meyakinkan.


Jika berkemampuan, penyumbang boleh menyalurkan secara terus bantuan kepada mangsa bencana yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), malalui cara ini penyumbang secara yakin melihat dana atau peralatan yang disumbang diterima secara langsung oleh mangsa atau sukarelawa yang bertanggungjawab.


Penyumbang juga boleh menyalurkan sumbangan melalui Pusat Operasi Bencana Daerah (DDOC) yang dibangunkan oleh Kerajaan Madani Selangor di setiap Pejabat Daerah dan Tanah, saluran ini juga sangat meyakinkan kerana ia diuruskan oleh pegawai kerajaan menggunakan rekod yang jelas terbuka.


Saluran terakhir yang boleh dipercayai adalah melalui Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diperakui oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB). Rakyat Selangor harus berhati-hati dalam menyalurkan dana kepada pihak ketiga untuk pengurusan kerana niat yang baik jika diuruskan secara tidak bijak mungkin tidak akan memberi manfaat kepada mangsa bencana yang menderita.


______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page