top of page

WADAH dukung mandat JAKIM pastikan kesucian akidah umat Islam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 10
  • 1 min read


Wadah Percerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan sokongan penuh terhadap peranan yang telah diamanahkan oleh Kabinet terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam usaha memastikan kesucian akidah umat Islam di negara ini terus terpelihara.


Presidennya Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, mandat tersebut merupakan satu langkah yang amat penting bagi memastikan umat Islam di Malaysia tetap teguh dalam pegangan aqidah dan tidak terpengaruh dengan ajaranyang bercanggah dengan prinsip Islam yang sebenar.


"Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari lalu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperteguh peranan JAKIM dalam menyediakan nasihat serta panduan yang jelas kepada umat Islam mengenai isu-isu akidah yang timbul, terutamanya dalam menghadapi cabaran dunia moden yang penuh dengan pelbagai ideologi dan fahaman," katanya dalam kenyataan.


Jumaat lalu, Kabinet memutuskan JAKIM boleh memberikan nasihat berkaitan keperluan menjaga akidah umat Islam ketika menghadiri majlis anjuran masyarakat bukan Islam yang mungkin melibatkan unsur-unsur keagamaan.


Ahmad Azam berkata WADAH akan terus mempereratkan kerjasama dengan JAKIM dan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang diterajui Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar untuk memastikan program-program pemerkasaan aqidah Islam dapat dilaksanakan secara efektif kepada umat Islam di seluruh negara.


Beliau menjelaskan pihaknya juga akan menganjurkan pelbagai program berbentuk pendidikan dan kesedaran untuk mempertingkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan akidah Islam dalam masyarakat majmuk.


"WADAH juga menyatakan komitmen untuk memperkukuhkan program-program bertemakan fiqh ta’ayush (budaya hidup damai dalam kepelbagaian) dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mewujudkan suasana harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page