top of page

Veteran tentera tuntut selaras pencen, beri kepada anggota lepasi 10 tahun perkhidmatan



Himpunan Reunion Veteran di Tugu Negara, Kuala Lumpur pagi tadi yang dihadiri kira kira 1,500 orang menyuarakan rasa tidak puas hati berkenaan isu kebajikan anggota tentera yang telah bersara.


Himpunan yang bermula seawal pukul 8.00 pagi itu membangkitkan tuntutan agar nilai pencen anggota yang bersara sebelum 2013 diselaraskan, serta hak untuk menerima pencen automatik sekiranya melepasi 10 tahun perkhidmatan.


Timbalan pengerusi himpunan, Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar (gambar, memegang pembesar suara) ketika berucap berkata kebanyakan daripada 300,000 pesara tentera ketika ini hidup susah dan termasuk dalam kategori B40.


Datuk Danyal Balagopal Abdullah mantan Ahli Parlimen Port Dickson (berseluar kelabu) turut hadir memberi sokongan

Beliau kesal kerana wakil rakyat yang dilantik mereka dalam pilihan raya tidak membela anggota tentera yang berada dalam kesusahan.


"Kita telah berjuang mempertahankan negara, tetapi dibiarkan sendiri (apabila bersara). Ramai yang hilang anggota badan (akibat pertempuran). Seramai lebih 300,000 veteran di negara ini, tapi tiga perempat adalah B40.


"Kita undi wakil rakyat dan mereka patut perjuangkan kebajikan kita, tetapi mereka lupakan kita," katanya dipetik.


Dalam sidang media selepas itu, Mior yang pernah berkhidmat dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia berkata jurang pencen antara anggota yang bersara sebelum 2013 dan selepasnya begitu besar.


Katanya, kerajaan telah menilai semula kadar bayaran pada 2013, dan mereka yang masih berkhidmat ketika itu mendapat kenaikan kira-kira 6 peratus daripada gaji bulanan.


Namun malangnya pesara hanya mendapat kenaikan dua peratus.


"Bukan kita kata itu bukan rezeki mereka, tetapi undang-undang dalam perkhidmatan kata bila gaji naik, pencen pun perlu turut (naik) untuk kurangkan jurang.


"(Dengan skim) sekarang, mereka yang pencen (sebelum 2013) dengan pangkat leftenan kolonel dan ke bawah semuanya (dalam kategori) B40," katanya lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page