Utamakan bina perumahan Residensi MADANI untuk rakyat - PM
- Suara Keadilan
- Aug 29, 2024
- 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid
Perdana Menteri (PM) mahu segala urusan berkaitan projek perumahan Residensi MADANI di ibu kota segera diselesaikan.
Tegasnya, tindakan itu penting bagi memastikan golongan berpendapatan rendah mendapat manfaat dengan memiliki rumah mampu milik.
Selain itu, PM turut menetapkan syarat pembinaan projek perumahan perlu meliputi keselesaan hidup, kehijauan kawasan, kemudahan rekreasi dan kemudahan rakyat termasuk gerai MADANI.
"Kalau lengahkan kelulusan, kos rumah lebih tinggi. Syarikat tidak akan rugi tetapi nak untung.
"Kos rasuah, kos bank semua akhirnya terbeban pada pembeli. Negara tidak akan maju kalau macam ini, rakyat tidak terbela," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Dan Pecah Tanah Residensi Suria Madani hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar.
Dalam pada itu, Anwar juga meminta kemajuan setiap projek untuk dibentangkan secara berkala kepada Jabatan Wilayah dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL).
Terdahulu dalam majlis berkenaan, sebanyak 800 unit Residensi MADANI akan dibina oleh syarikat pemaju Mah Sing Group Berhad berkeluasan 800 kaki persegi yang akan dijual pada harga RM200,000.
Comments