top of page

Usul pindaan perlembagaan serlah komitmen KEADILAN memberdaya wanita



Oleh: Noraini Nordin


(Sorotan Kongres Nasional Khas KEADILAN 2024)


Wanita KEADILAN menyambut baik Usul Pindaan Perlembagaan Fasal 17.2, 17.2A dan 17.2B seperti yang telah diluluskan dalam Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat pada hari ini.


Ketuanya, Fadhlina Sidek berkata, pindaan tersebut adalah cerminan komitmen berterusan parti untuk meningkatkan partisipasi politik serta memastikan inklusiviti merentasi batasan gender dan etnik.


Menyuburkan amalam demokrasi


"Usul ini dapat menyuburkan amalan demokrasi dan memastikan reformasi dalam pemilihan parti," katanya dalam satu kenyataan.

Noraini Nordin

Fadhlina yang juga merupakan Menteri Pendidikan menambah, melalui pindaan itu ia juga mampu menjadikan partisipasi wanita di peringkat tertinggi parti dapat ditingkatkan.


"Menerusi usul pemilihan Perwakilan Biasa Cabang dan Perwakilan Tambahan yang inklusif, ia akan mengambil kira kuota gender dan etnik minoriti seperti yang ditetapkan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berdasarkan demografi di sesebuah kawasan parlimen.


"Usul pindaan perlembagaan yang telah diluluskan itu bertepatan dengan hasrat Wanita KEADILAN untuk meningkatkan aktivisme politik dan penglibatan aktif wanita dalam aktiviti sosial kemasyarakatan.


"Usaha untuk memberdaya wanita dalam semua aspek termasuk daya kepimpinan, dengan ini perlu terus dipertingkatkan," tegasnya.


Selain itu, menurut Fadhlina, menuju Pilihan Raya Umum ke 16 akan datang yang mana wanita mewakili lebih 50 peratus pemilih yang berdaftar, hal itu bermakna suara wanita akan menjadi penentu penting kepada hala tuju negara.


"Justeru, adalah penting untuk KEADILAN terus mengasah bakat serta daya kepimpinan wanita dan memberi mereka sepenuh perhatian," tambahnya lagi.


30 peratus representasi wanita


Bagi tujuan mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus representasi wanita sebagai pemimpin politik dan calon dalam PRU yang akan datang, Wanita KEADILAN, tegas Fadhlina, akan menganjurkan pelbagai program pengkaderan dan pembangunan potensi di semua peringkat kepimpinan parti.


"Inisiatif pemberdayaan wanita akan terus dipertingkatkan dan Wanita KEADILAN beriltizam untuk terus mengangkat agenda mengarusperdanakan gender, mengiktiraf penyertaan aktif wanita dalam politik dan pada masa sama mengekang amalan patriarki dan ideologi hegemoni maskuliniti," kata beliau.


Jumlah keseluruhan perwakilan yang hadir dalam kongres hari ini secara fizikal sebanyak 931 anggota serta secara atas talian (223 orang) menjadikan jumlah keseluruhan seramai 1,154 orang.

_______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page