top of page

Usaha tambah baik pelaksanaan gaji minimum terus dijalankan



Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) komited untuk mengadakan sesi libat urus secara berterusan bagi memastikan pelaksanaan gaji minimum berjalan lancar.


Menterinya, Steven Sim berkata, arahan sudah diberikan supaya kajian lanjut mengenai pelaksanaan dasar itu dijalankan supaya dapat ditambah baik dari semasa ke semasa.


"Saya sudah memberi arahan supaya kajian seterusnya dibuat, kita akan teruskan sesi libat urus untuk menerima maklum balas daripada semua pihak.


"Kita ada pertimbangkan pelbagai model pelaksanaan dalam kita melaksanakan kadar baru ini yang dilihat lebih sesuai untuk satu kadar yang seragam di seluruh negara untuk masa sekarang, tetapi kajian berterusan akan dijalankan dengan menimbangkan beberapa aspek termasuk mengikut kawasan geografi dan sebagainya," kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu dipetik.


Beliau sebelumnya diminta mengulas kenyataan Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) yang menyenaraikan empat pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan gaji minimum baharu yang lebih seimbang.


Sementara itu menurutnya, KESUMA sentiasa mengambil pendekatan terbuka dalam menerima cadangan dan pandangan daripada semua pihak.


"Sebenarnya sudah banyak sesi libat urus bukan saja sesi libat urus bersemuka, kementerian juga membuka wadah atau platform untuk menerima input secara online dan sebagainya.


"Jadi bukan saja untuk gaji minimum, semua perkara kita memang mengadakan (libat urus) contohnya saya sudah menganjurkan beberapa sesi libat urus untuk Rang Undang-Undang Pekerja Gig.


"Tapi saya akan lengkapkan semua sesi libat urus ini dengan satu 'town hall' mega saya fikir akan diadakan dalam seminggu (atau) dua (minggu) yang akan datang," tambahnya.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Oktober lalu memaklumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan berkuatkuasa mulai 1 Februari 2025.


Perintah itu membabitkan majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional, tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan tersebut.


Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuat kuasa akan bermula pada 1 Ogos depan


Pelaksanaannya selaras dengan agenda Ekonomi MADANI yang menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta inklusif.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page