top of page

Usaha lindungan alam sekitar perlu kerjasama semua pihak - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read


Usaha melindungi alam sekitar dan menangani perubahan iklim tidak boleh digalas oleh kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama menyeluruh semua pihak termasuk sektor ekonomi, agensi berkaitan dan rakyat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara-negara seperti United Kingdom (UK) dan China telah membuktikan bahawa dasar dan undang-undang yang mantap mampu memberikan hasil yang signifikan dalam menghadapi cabaran perubahan iklim.


"Negara seperti UK dan China telah buktikan bahawa dasar dan undang-undang yang mantap, seperti Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN), mampu hasilkan pulangan dan membantu hadapi impak perubahan iklim," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.


Beliau sebelumnya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim pada Isnin yang turut dihadiri Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.


Sementara itu menerusi hantaran sama Anwar turut menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkemas dasar dan perundangan berpandukan Perlembagaan dan kuasa negeri.


Usaha itu bagi memastikan tindakan iklim dapat dilaksanakan secara berkesan di semua peringkat.


"Langkah tersebut penting bagi memastikan Malaysia kekal komited terhadap Perjanjian Paris demi menjamin masa depan yang lestari," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page