top of page

Usaha lahir tenaga mahir bidang sains, teknologi perlu dipercepat



Usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) perlu dilaksanakan segera bagi memenuhi kehendak pasaran.


Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata, bidang tersebut akan menjadi agenda utama dalam tempoh beberapa tahun ini memandangkan sektor itu menerima jumlah pelaburan tinggi.


"Kita tidak boleh mula di peringkat sekolah menengah atau universiti sebaliknya kena mulakan dari sekolah rendah. Ini usaha memupuk minat dan cungkil bakat bidang STI.


"MOSTI turut jayakan Minggu Sains Negara yang berlangsung enam bulan di kebanyakan negeri termasuk pameran dan karnival sains supaya agenda negara untuk melatih ramai STI pada masa akan datang," katanya dipetik.


Lih Kang berkata begitu kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup Malaysia Techlympics 2024 peringkat zon tengah melibatkan 1,847 pelajar sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di Dewan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Klang pada Khamis.


Majlis penutup pertandingan itu disempurnakan Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari.


Malaysia Techlympics tahun ini menyasarkan penglibatan seramai 1.6 juta murid dan pelajar menerusi penyertaan secara fizikal mahupun dalam talian.


Matlamat dan objektif utama penganjuran Malaysia Techlympics adalah memupuk pembudayaan STI kepada kumpulan sasar melalui pendekatan hands-on dan tidak formal serta melalui kaedah experiential learning dan pertandingan melibatkan pelajar dan belia di semua peringkat umur, jantina dan bangsa.


Sementara itu Amirudin sebagai mengulas program itu berkata, kerajaan negeri komited dalam menerapkan pembudayaan STI di negeri itu.


Beliau turut menyatakan keyakinan inisiatif MOSTI dalam menganjurkan Malaysia Techlympics 2024 akan terus mendorong pertumbuhan inovasi dalam kalangan murid sekolah dan belia di Selangor.


Justeru beliau berkata pihaknya juga sentiasa menyokong usaha untuk mencungkil bakat golongan pelajar dalam pembangunan STI antaranya dengan menyediakan dana tahunan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan program-program berkaitan Sains, Teknologi, Inovasi, dan Ekonomi (STEM) di Selangor.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page