top of page

'Usaha keras jentera PH-BN akan buahkan hasil'



Kerja keras jentera Pakatan Harapan (PH) dan BN dalam usaha merayu undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap diharap akan membuahkan hasil terbaik esok.


Penyelaras DUN Gurun, Kedah, Firdaus Johari yang turut sama memmbantu kempen berkata demikian ketika hadir dalam ceramah di Jalan Sentosa, Sungai Bakap baru baru ini.


"Alhamdulillah, dapat dilihat semangat dan tekad semua pimpinan dan jentera PRK Sungai Bakap telah berada di tahap yang paling maksimum.


"Dengan berbaki dua hari sebelum tiba pada hari pembuangan undi, hasil usaha keras jentera PH-BN pastinya akan membuahkan hasil menerusi kemenangan yang bakal diraih oleh calon kita, iaitu Cikgu Joohari Ariffin," katanya.


Firdaus berharap dengan penyampaian tepat dalam ceramah juga oleh jentera penerangan PH - BN, pengundi di Sungai Bakap boleh menilai pihak mana yang bersungguh sungguh mahu membantu mereka selepas 6 Julai ini.


Beliau yang pernah bertanding di DUN Gurun pada Pilihan Raya Negeri 2023 lalu berharap pengundi akan keluar beramai ramai membuang undi untuk memastikan kemenangan calon PH.


"Kepada seluruh pengundi di N20 Sungai Bakap, pastikan keluar awal pada 6 Julai nanti. Buatlah pilihan tepat dan terbaik demi merealisasikan kemajuan dan pembangunan di Sungai Bakap dengan memastikan kemenangan kepada Cikgu Joohari Ariffin dari Pakatan Harapan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page