top of page

Usaha kekalkan keharmonian negara tanggungjawab bersama - Dr Wan Azizah



Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa semua lapisan rakyat supaya menolak anasir yang cuba melaga-lagakan keharmonian rakyat dengan memainkan isu perkauman.


Menerusi ucapan perasmian Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur pada Ahad beliau berkata, rakyat perlu lebih matang dalam mendepani perbezaan pendapat serta kepercayaan dengan mencari titik persamaan dan bukannya memperbesarkan perselisihan faham yang kecil.


"Seperti yang kita semua maklum, prinsip 'perpaduan dalam kepelbagaian' atau 'unity in diversity' telah menjadi teras kepada keharmonian masyarakat Malaysia sekian lama.

"Keindahan budaya dan adat yang berbeza tidak pernah menjadi jurang pemisah, malah ia mengukuhkan lagi hubungan antara kita semua.


"Oleh itu, marilah kita terus memelihara warisan perpaduan ini," katanya dipetik.


Dalam pada itu Dr Wan Azizah turut mengingatkan bahawa usaha mengekalkan keamanan dan keharmonian negara yang dikecapi pada masa ini adalah tanggungjawab bersama.


Justeru jelasnya, penganjuran majlis rumah terbuka itu sebagai contoh terbaik untuk mengukuhkan persahabatan dan semangat kekeluargaan, selari dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan nilai kesejahteraan dalam masyarakat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page